Upacara yang dianjurkan oleh sebuah organisasi dari Rawang pada hari Ahad lalu telah dikecam oleh Persatuan Pertubuhan Agama Tao Malaysia serta beberapa pertubuhan Buddha yang mengecam upacara itu sebagai 'tidak masuk akal dan karut'
Laporan akhbar Sin Chew Daily turut menyebutkan bahawa kebanyakan peserta tidak mengenali siapakah Steve Jobs dan hanya turut serta di dalam upacara itu untuk berhibur ketika melancong di Pulau Pinang sambil berdoa untuk masa depan yang lebih baik.
Para peserta diminta menggigit sebiji epal dan bertafakur selama tiga minit sebelum membaling buah epal tersebut ke dalam laut. Bagaimanapun ada beberapa peserta yang memakan buah epal itu sehingga separuh sebelum berbuat demikian kerana ia sangat manis.
Menurut laporan lebih awal, peserta perlu membayar di antara RM50 dan RM75 untuk mengambil bahagian di dalam majlis tersebut.


3 comments:
hahaha..obes betul
Azizul,
Bukan OBES, tapi OBSES. :)
jenapa yg bkn islam je yg komen ? org islam mana ?
Post a Comment