BESUT, 30 Ogos -- Umat Islam di Kampung Seberang dan beberapa kawasan sekitar Jerteh hari ini buat pertama kalinya berpeluang menunaikan Solat Aidil Fitri di Masjid Kayu bernilai RM12 juta yang baru siap dibina beberapa minggu lalu di Kampung Seberang Jerteh disini hari ini. Masjid yang diilhamkan Pengerusi Mara yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh berkonsepkan 100 peratus penggunaan kayu jati yang boleh menampung kira-kira 1,000 jemaah dan merupakan satu-satunya yang terdapat di negara ini.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh bersalaman dengan ahli jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidil Fitri.
Umat Islam di Kampung Seberang dan beberapa kawasan sekitar Jerteh kelihatan keluar daripada Masjid Kayu selepas selesai menunaikan solat Aidil Fitri.
Dua penduduk kelihatan bersalaman di hadapan Masjid Kayu Kampung Seberang Jerteh selepas selesai menunaikan solat sunat Aidil Fitri.
Kredit : Bernama
Sila 'share' artikel ini di facebook anda untuk manfaat bersama dengan klik butang ini --->
0 comments:
Post a Comment