blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Thursday, June 9, 2011

UNIK! Majlis KHATAN Untuk DEWASA, Dari 30 - 55 TAHUN

PASURUAN - Majlis Khatan secara besar-besaran biasanya dibuat di kalangan umat Islam selama ini hanya untuk kanak-kanak sahaja. Namun ia berbeza di Desa Watulumbung, Kecamatan Lumbang. Ini kerana majlis khatan besar-besaran pada Khamis (9/6/2011) ini khusus untuk orang dewasa.

Daripada data yang berjaya diperolehi, kira-kira 32 penduduk telah menyertai acara majlis sunat tersebut. Mereka yang hadir terdiri dari pelbagai usia, bermula dari 30 hingga kepada 55 tahun. Oleh kerana yang menyertainya kebanyakan golongan yang sudah berumah tangga, maka isteri mereka ada yang turut menghantar suami mereka ke majis sunat secara besar-besaran itu.

Majlis khatan ini sebenarnya dijalankan dengan kerjasama Yayasan Mubarot pimpinan KH Idris Hamid, PCNU dan Pemkab Pasuruan. Diharapkan dengan adanya acara sunat secara besar-besaran ini, dari sisi keislaman penduduk di daerah pegunungan di Lumbang dapat mencapai atau menjadi seorang muslim yang sempurna.

Tidak sekadar itu, Yayasan Mubarot KH Idris Hamid berkata, selepas disunat tentunya kaum adam di daerah Lumbang akan merasakan perbezaan dari sebelum dikhatankan. "Untuk para ibu-ibu, bezakanlah antara yang sudah dikhatan dan yang belum. Pastinya, ini jauh lebih sedap," jelas KH Idris Hamid, Ketua Yayasan Mubarot.

Sementara itu, selepas menjalani acara khatan ini, para peserta kemudian menerima bantuan wang Rp 75 ribu (lebih RM25). "Bantuan ini sebagai ganti rugi, kerana selepas dikhatan selama beberapa hari mereka tidak bekerja," kata Eddy Paripurna, Wakil Bupati Pasuruan ketika menghadiri majlis sunat besar-besaran ini.
Sila 'share' artikel ini di facebook anda untuk manfaat bersama dengan klik butang ini --->

1 comments:

Klinik Najat said...

Assalamualaikum,

Klinik Najat yang terletak di Shah Alam, Selangor turut menyediakan khidmat khatan untuk para saudara baru (mualaf) lelaki. Sila hubungi kami di talian 03 55664256 atau 019 252 4842

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks