Xiao Zheng...gilakan iPad2
Xiao Zheng, remaja 17 tahun ini mengaku kepada emaknya bahawa dia telah menjual buah pinggangnya setelah melihat sebuah iklan di dalam internet yang menawarkan wang tunai bagi sesiapa yang ingin menjual organ tubuh.
"Saya ingin membeli iPad 2, tetapi saya tidak memiliki wang," Zheng memberitahu Shanghai Daily di wilayah selatan Guangdong.
Penjualann organ secara 'online' telah menjadi satu amalan biasa di China, walaupun kerajaan sudah cuba untuk membasminya.
Statistik rasmi menunjukkan bahawa lebih dari sejuta orang di China memerlukan pemindahan organ setiap tahun, tetapi kurang dari 10,000 yang menerimanya, menyebabkan perdagangan pasaran gelap organ tidak dapat dikawal, dan ia memperkayakan broker, doktor dan pegawai kerajaan yang korup.
Remaja lelaki itu, yang menderita komplikasi selepas pembedahan, telah pulang ke rumah tetapi tidak dapat menyimpan rahsia itu daripada ibunya.
"Ketika dia pulang, dia mempunyai laptop dan handphone iPhone baru," ibunya, yang dikenali sebagai Miss Liu, berkata kepada stesen TV, sambil menunjukkan bekas luka di mana buah pinggang anaknya diambil, "Saya ingin tahu bagaimana dia mempunyai begitu banyak wang dan dia akhirnya mengaku bahawa dia telah menjual salah satu dari buah pinggangnya."
Produk Apple seperti iPhone dan iPad mendapat permintaan tinggi di China, dan ia dilihat sebagai lambang kekayaan dan kecanggihan bagi pelanggan muda.



1 comments:
wow...terdesak sampai mcm tu...lepas ni organ apa lagi la yang dy nak jual...
-Yok mampir diluk = medium dakwah terbaik dalam siri nurkasih the movie..
Post a Comment