blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Sunday, June 12, 2011

Kisah BEG TANGAN Rosmah Bernilah RM1 juta

Beg tangan Birkin adalah beg buatan tangan Hermes dan dinamakan dengan nama seorang pelakon dan penyanyi Jane Birkin. Beg tangan ini menjadil simbol kekayaan kerana harganya yang tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh orang awam. Harga bagi sebuah beg adalah diantara US$9,000 (lebih RM25 ribu) hingga US$150,000 (lebih RM450 ribu).

Harganya menjadi lebih mahal bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Beg-beg tangan ini diedarkan ke butik Hermes pada jadual yang tidak berkala dan dalam jumlah yang terhad, ini mencetuskan rebutan dan, secara tidak langsung ia telah menjadi eksklusif. Ia akhirnya menjadi kegilaan ramai, ia dikatakan mempunyai senarai menunggu yang panjang sehingga 6 tahun, dan dikatakan mempunyai senarai menunggu paling lama dalam sejarah.

Victoria Beckham antara artis antarabangsa yang mempunyai koleksi beg tangan Birkins.


Dan gambar-gambar Rosmah di bawah ialah bersama dengan beg tangan Birkins hadiah daripada Robin Tan, anak lelaki Vincent Tan kepada wanita pertama Malaysia. Dianggarkan setiap beg tangan Birkins berharga US$ 120,000 (lebih RM360 ribu) dan telah dibayar dibawah nama Sports Toto.



Gambar-gambar Rosmah bersama 3 beg tangan Birkins yang berbeza. 

Pemimpin-pemimpin PAS telah merancang untuk menaikkan isu koleksi beg tangan Rosmah, yang dipercayai bernilai RM1 juta dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.

"Ini bukan satu isu yang remeh. Bagaimana dia mampu memiliki beg-beg yang mahal seperti itu. Mengapa dia dan Najib boleh berbelanja melebihi kemampuannya? Ini adalah isu serius. RM1 juta boleh dibelanjakan dengan baik untuk pembinaan kemudahan-kemudahan di luar bandar, untuk biasiswa dan lain-lain," menurut Mahfuz.


Kredit : wikipedia,m2day, malaysia-chronicle.
Sila 'share' artikel ini di facebook anda untuk manfaat bersama dengan klik butang ini --->

15 comments:

ASaDa RyutaRo said...

dahsyat harga beg ni. fungsinya sama je cam beg tangan dijual di pasar malam.

Dawa said...

org yg bakal menjadi faktor najib jatuh nanti adalah rosmah

Anonymous said...

bayar lah cukai wahai sekelian rakyat negara ini,,,kemudian merempatlah kamu di tanah air sendiri......pemerintah yang zalim kerana rakyatnya zalim, hanya orang yang zalim memilih pemerintah yang zalim.

Nurfisza Mustapha said...

fuyooo!!!
kak semah, bleh minta sewa 1?
kaya bebenor dia ye...mai dr mana agak2'n duit tu...hmm...

Anonymous said...

mak aihh...gile kentang..harga beg lebih mahal dr harga rumah.dgn 1 juta tu, bermacam hal boleh dimanffatkan,berapa nyawa yg dpt dibantu..banyaknya duit kak mah kite ni..=_=

stylolyta said...

bese ar kak semah tu..tu baru beg 1 juta..yg lain2 tu..bace juta agaknya
http://menarikhotmenawan.blogspot.com/

Anonymous said...

tak luak lah commission RM2billion hari tuuu..

Anonymous said...

bila i tgok victoria pkai hndbag tu nmpak cantik sangat..tp bl i tgok rosmah yg pkai nmpk x cantik pulak..hihi

Anonymous said...

Pihak PAS jgn rancang je nak report SPRM.. Kalu nak report buat betul-betul..baru rakyat tahu fakta atau auta....ni kecoh jek lebih.. buatnyer tak..Kalu rancang jek, sah2 berita palsu..berani kerana benar..

smartheart said...

Beg ni boleh beli dgn harga murah kat WWW.LEATHERHANDBAG4SURE.COM tak caya leh tgk. Mcm2 color leh pilih or tempah ikut kulit apa yg diminati buaya atau burung kasawari.

Kilang beg USA & Eropah suma kat China.

Anakonda said...

Jangan main terjah jer kalu tak tahu langsung pasal dunia fashion. Beg tu mmg mahal kalu betul yg made by Hermes-Birkin tapi tak ler smpi sebiji rega 1 juta. Cacah dekat sebuah keta kancil ada ler tu pun yang kalu guna exotic leather. Kalu kulit lembu belas2 ribu or below. Beg Bonia product Malaysia tu pun ada yg mahal dan ada yang murah ikut material yang digunakan.

Moral of the story - siapa mampu dan berduit nak pakai smpi lebam pun lantak pi la. Berbaik sangka tu amalan orang Islam yang beriman.

Anonymous said...

Kak anakonda.beg ni paling murah rm27000 satu.yg guna ostrich or croc leather pulak harganye mencecah rm300000.semua itu bergantung kpd saiz dan metal hardware yg digunakan.Melihat kepada beg beg datin rosmah ni,saiznye adalah saiz 45 atau 50 kalau tidak silap saya...Dan juga menggunakan gold metal hardware..dan datin rosmah ni ada beberapa koleksi beg birkin yg pelbagai warna..coklat,merah,coklat n lain lain lagi...tidak mustahil harganya mencecah jutaan ringgit...lain kali buat lah homework dulu ye...

Anonymous said...

Pembetulan 'coklat,merah,biru..' lagi satu kalau setakat harga belas ribu,dah ramai artis malaysia yg pakai beg ni sebab harganya yg lebih kurang sama dgn beg CHANEL..tetapi antara yg pernah dilihat menjinjing beg ini ialah dato' siti(dia ada 3),fazura(pun ada tiga juga),dato' sharifah aini...semuanya yang kaya2 belaka...source of income mereka ini tidaklah meragukan,tetapi bagi datin rosmah,rakyat berhak mempersoalkan isu ini

Anonymous said...

Patut la jenayah menjadi2 sekarang. Anda berani tinggal di rumah yg tidak dipasang grill? Dan pergi outstation 4-5 hari meninggalkan rumah tanpa grill, anda berani?

Punca nya kerana bapak ayam yg zalim

Anonymous said...

"BERBAIK SANGKA" pada big mama????????????
islam tak ajar umatnya jadi bodoh alang..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks