blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Wednesday, April 20, 2011

MODEL MUSLIM PERTAMA Di Dalam Majalah PLAYBOY

Sila Sahin, gadis kacukan Turki Jerman berusia 25 tahun yang tinggal di Berlin, selalu dijadikan sebagai contoh baik bagaimana seorang gadis Muslim moden berkelakuan di dalam masyarakat pelbagai budaya.

Seorang pelakon yang berjaya membintangi sinetron televisyen Jerman, Good Times, Bad Times, dia mempunyai ramai peminat dan membuatkan keluarganya di Turki merasa bangga.

Namun tindakan yang diambilnya baru-baru ini telah mengejutkan ramai peminat, dan ramai ahli keluarganya marah.

Sila Sahin, pelakon muslim kelahiran Turki Jerman


Aksi provokatifnya di dalam muka hadapan majalah Playboy Jerman dengan salah satu payudaranya terdedah, Sila Sahin nampaknya memberi mesej yang jelas dan sengaja kepada keluarganya di Turki yang konservatif.

"Aku melakukannya kerana aku ingin bebas akhirnya," katanya. "Gambar-gambar ini adalah lambang kebebasan dari sekatan ketika masa kecilku."

Tidak memeranjatkan apabila keluarganya mengambil langkah bertindak balas yang dahsyat, ibunya telah memutuskan semua perhubungan dengan pelakon tersebut.

"Ibu masih marah. Apatah lagi dengan dengan datuk nenek, makcik dan pakcik," katanya di sebuah laman web sinetron tv lakonannya.

Dia bagaimanapun berjaya bercakap dengan ayahnya, yang menyatakan rasa  prihatin dengan tekanan yang akan dihadapinya bukan hanya di kalangan masyarakat Turki di Jerman, tetapi juga dari komuniti Muslim keseluruhannya.

Tujuan Sahin menyatakan melakukan aksi kontroversinya di dalam majalah Playboy itu sebagai seruan kepada semua anak perempuan muslim lain yang pernah menderita kesan dari latar belakang hidup mereka yang ketat, di mana pilihan untuk orang perempuan selalunya terhad, calon suami dipilih untuk para gadis dan kesucian mereka dikawal ketat.

"Melepaskan? Aku melakukannya kerana aku ingin bebas," kata Sila Sahin tentang foto-foto bogelnya yang telah mengecewakan keluarganya di Turki.

Sahin adalah wanita Turki pertama yang berbogel untuk Playboy.

Halaman hadapan majalah Playboy Jerman dengan aksi gambar Sahin yang kontroversi

Sebenarnya, 12 halaman artikel yang turut mempunyai foto bogelnya itu, Sahin merasakan dirinya 'seperti Che Guevara', sambil menambah bahawa gambar bogelnya itu adalah untuk mengekspresikan kebebasannya.

"Mereka mengagumi keberanian saya," kata Sahin merujuk rakan-rakannya.

Tetapi sementara rakan-rakan dan beberapa peminatnya mungkin merasa kagum, keluarga Sahin telah menyatakan kekecewaan mereka.

Dan walaupun yakin dengan tindakannya, Sahin tahu tindakannya akan mendapat respon yang keras.

Sahin hanya memberitahu orangtuanya pengedaran Playboy-nya itu melalui sebuah wawancara di sebuah saluran televisyen RTL Jerman, hanya satu hari sebelum foto-foto telanjang itu harus diterbitkan.

Dalam sebuah wawancara yang hangat, saat dia memaparkan foto-fotonya itu, ia memohon supaya ibu dan ayahnya untuk memahami alasan di sebalik keputusannya untuk beraksi bogel.

Pelakon itu merayu dengan keluarganya.

"Saya berharap anda boleh memaafkan saya. Tolong benarkan aku pulang."



Kredit : DailyMail
Sila 'share' artikel ini di facebook anda untuk manfaat bersama dengan klik butang ini --->

3 comments:

NURUL NADIAH MAMAT said...

bila dah terlalu adinyinginkan kebebasan macam nie la jadinya.....
Nauzubillah...

kucarkacir said...

giler..
cam bangang je =.=
wtf..

Anonymous said...

rosak rosak

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks