blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Tuesday, March 1, 2011

Gambar Lanskap Dengan Tubuh Model Tanpa Pakaian

Sekali pandang ia kelihatan seperti satu foto landskap yang biasa. Tetapi jika dilihat dari dekat akan kelihatan jelas liang roma dan bekas lipatan pada kulit maka nyatalah gambar ini diambil dari atas tekstur badan model yang berbogel!.

Artis Allan Teger, 68, menggunakan tubuh model tanpa pakaian dan hanya bersama puluhan patung miniatur untuk mencipta satu ilusi menarik.

1.jpg (640×349)
Ilusi: Artis Allan Teger menggunakan tubuh model untuk mencipta lanskap pejalan kaki yang berjalan merentasi puncak bukit.


2.jpg (642×342)
Tangkapan baik: Mr Teger menggunakan kereta mainan dan figura yang sedang memegang pancing untuk membuatkan ilusi seorang lelaki memancing pada pusat seseorang yang diisi dengan air.

Projek 'bodyscapes' ini bertujuan mencabar persepsi orang ramai tentang realiti dan menunjukkan bahawa lebih dari satu realiti boleh wujud pada masa yang sama. Satu gambar menunjukkan sekumpulan orang berenang di dalam pusat yang penuh air, sementara gambar yang lain menunjukkan seorang pengail dengan pancingnya.

Ada gambar menunjukkan aksi akrobat di atas punggung, dan ada juga aksi pemain ski yang turun dari bukit yang sebenarnya adalah payudara model.

Salah satu ilusi menunjukkan pemain golf melakukan chipping dari tepi model ke pusatnya yang mengandungi bendera di dalamnya.


3.jpg (640×384)
Hole-in-one: Artis ini mendapat idea untuk gambar-gambar ini semasa mengajar sebagai pensyarah psikologi di Universiti Pennsylvaniaa.


4.jpg (638×312)
Dapat tangkapan?: Seorang lelaki kelihatan sedang memancing di sebuah telaga yang dalam, tapi jika dilihat lebih dekat kita boleh melihat kesan lipatan kulit pada tubuh model.

Terdapat juga satu gambar menyerupai seorang koboi yang sendirian melalui anggota badan seorang model seakan-akan gua, menyerupai salah satu adegan filem barat.

Ada perenang yang hendak melakukan terjunan dan seorang perenang lain hanya memerhatikan.


5.jpg (642×509)

6.jpg (638×343)


"Ini adalah tentang persepsi dan realiti," katanya.

"Secara khusus, saya ingin menunjukkan bahawa dua atau lebih realiti boleh wujud pada masa yang sama. Itu tujuan saya untuk mengambil gambar yang akan dilihat sebagai lanskap, dan hanya selepas melihat kali kedua barulah mereka akan perasan ianya adalah badan."


7.jpg (638×424)
Dua figura yang sedang menunggang kuda di belakang model dan terdapat beberapa figura pokok di seluruh tubuh model yang menjadi latar belakang gambar ini.

8.jpg (638×370)
Lembah licin: Tiga figura yang sedang berkanu di atas tubuh model yang dibasahi air.

"Saya perlukan waktu berbulan-bulan berfikir tentang pelbagai (idea) realiti, sebelum saya mendapat semua idea ini.

"Saya mula memikirkannya pada tahun 1976, dan banyak perkara sudah berubah, seiring waktu. Budaya telah menjadi lebih menerima kepada konsep 'telanjang'. Dulu ramai orang akan menarik tangan anak-anak mereka pergi, jadi mereka tidak akan menerima konsep 'telanjang'."

"Sekarang, gambar ini telah dipamerkan di seluruh dunia dan telah dimasukkan ke dalam beberapa buku. Orang menghargainya walaupun ada 'telanjang', hasil kerja saya sangat diterima baik.



10.jpg (638×372)
Nota Muzik: Dua ahli muzik memainkan trompet dan saksofon di bahagian punggung model.

9.jpg (638×421)

"Saya menggunakan kaedah kuno - tidak ada trik, tidak ada komputer, tidak ada gambar berganda.

"Dalam era di mana setiap gambar biasanya terhasil dari manipulasi komputer, saya berharap orang ramai akan menghargai hakikat bahawa hasil kerja saya adalah berbeza."

Sila 'share' artikel ini di facebook anda untuk manfaat bersama dengan klik butang ini --->

2 comments:

Melur Jelita said...

Menarik...tapi malu la weh nak share ..he he he

ibnu marzuki al firdaus said...

AMANAT TERAKHIR NABI:

SYAITAN TAK DAPAT TEWASKAN KITA SECARA TERANG2AN NAMUN...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks