Zine Al Abidine Ben Ali, presiden yang baru digulingkan, hidup bergelumang dengan harta.
Leila Ben Ali (53), si ibu negara, kerana gaya hidupnya yang supermewah sehingga digelar ‘Imelda Marcos dari dunia Arab.’ Imelda Marcos adalah mantan ibu negara Filipina isteri kepada Ferdinand Marcos yang digulingkan oleh people power.
Selain menyukai pakaian mewah rekaan pereka ternama dunia, Leila dan keluarganya telah mengumpulkan lebih dari 50 buah kereta mewah. Tidak terhitung pula rumah mewah yang mereka beli dan bina.
Dalam kemelut politik sehingga penggulingan Ben Ali, Leila dilaporkan melarikan 1.5 ton emas yang diambil dari bank sentral ke luar negeri.
Berapakah agaknya jumlah harta keluarga yang digelar sebagai The Mafia kerana memimpin rejim yang zalim? Ada laporan yang mengatakan mereka menguasai harta lebih dari 5 milion poundsterling dimana sebahagian besar disimpan di Perancis. Di Perancis jugalah sebahagian besar ahli anggota keluarga ini bersembunyi hingga semalam.
Anak perempuan Leila, Nesrine, yang sedang hamil saat ini dilaporkan bersembunyi di kawasan Disneyland bersama suami playboynya, Sakhr. Di dalam pelarian pun, mereka masih dilindungi oleh sejumlah besar pengawal dan pelayan.
Soal hidup mewah, Nesrine sama sahaja seperti ibunya. Perempuan yang digelar Marie Antoinette Tunisia ini suka memesan makanan mewah, seperti aiskrim dari St Tropez yang terkenal itu. Aiskrim itu diterbangkan terus ke kediaman mewahnya yang terletak di tepi pantai. Suaminya pula ada memelihara harimau yang diberikan makanan daging terbaik.
Namun, Nesrin dan adik perempuannya Cyrine dijangka tidak lama di Perancis. Seorang menteri Perancis mengatakan pada Isnin (17/1/2011), pemerintah akan membekukan seluruh aset yang mempunyai kaitan dengan rejim Ben Ali.



1 comments:
kat sini pun banyak jugak perangai macam nie.......
rosak sesebuah negara adalah kerana wanita...takhta dan harta.......atau tiga TA...
tetapi wanita lah menduduki penyebab paling utama lingkupnya sebuah negara itu....
tengok saja cleopatra dari egypt....Helen keller di UK...Imelda Marcos di Philiphine....
kemelut wanita mesti dihiasi dgn iman....kalau tidak hancurlah negara tadi....
masa saja yang jadi penentunya........
sebab itu setelah mengkaji ratusan ribu hadis Nabawi...ulamak yang bernama Abdullah Bin Mubarak...menyimpulkan dgn empat hadis sahaja....
iaitu katanya, jangan mempercayai wanita walau dlm keadaan apa sekali pun........
ia lah madu...juga mereka lah racun yg berbisa..........
Post a Comment