
Ribut taufan yang baru saja melanda sidang parlimen baru-baru ini, yang melihat penggantungan Ahli Parlimen Pembangkang – termasuk Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim – berkemungkinan akan berterusan tetapi kali ini di suatu tempat berbeza.
Parti politik dari kedua-dua belah pihak , dijangka akan menggunakan pilihan raya kecil Tenang untuk menggegar ceruk kampung dengan hujah-hujah yang menyokong pendapat masing-masing berkaitan isu penggantungan ini.
Kawasan pengundian ini dilihat sebagai kubu BN walaupun gabungan pemerintah berjaya menakluki konstituensi negeri di Johor dengan majoriti berkurangan dalam pilihan raya umum 2008 berbanding pilihan raya umum 2004.
Kawasan pengundian ini juga dilihat umpama “Mini Malaysia” bagi Semenanjung berdasarkan komposisi kaumnya. Kerusi DUN Tenang mempunyai 14,511 pengundi. Pecahan peratusannya adalah, 48.9% Melayu, 38.3% Cina dan 12% India manakala bangsa lain membentuk 0.9%.
Walaupun pemerintah BN telah memenangi tiga daripada empat pilihan raya kecil diadakan sepanjang tahun ini, ia tidak boleh mengambil ringan pilihan raya kecil kali ini walaupun sokongan kepada Pakatan Rakyat kelihatan berlaku penurunan.
Menurut pakar-pakar politik, isu penggantungan Anwar dan tiga MP lain – Pengerusi DAP Karpal Singh (Bukit Gelugor), timbalan presiden PKR Azmin Ali (Gombak) dan ahli biro politik PKR R Sivarasa (Subang) – di atas isu Apco berkemungkinan menyalakan "sedikit simpati" kepada para pengundi Tenang.
"Ia masa yang buruk untuk BN. Pilihan raya kecil ini akan digunakan sebaiknya oleh Anwar dan sekutunya untuk membina semula momentum kepada pembangkang. Kami tahu kami boleh memenanginya tetapi kita risaukan dia (Anwar) akan menggunakan pilihan raya kecil ini menyebarkan penipuannya," menurut maklumat dalaman BN.
Tugas sukarMenurut sumber dalaman juga dimaklumkan pembangkang mengetahui bahawa ia satu tugas yang sukar untuk memenangi kerusi ini, tetapi ia akan menggunakan peluang ini untuk menyerang kerajaan dalam siri ceramahnya dalam usahanya merapatkan jurang perbezaan undi.
Jika BN memenangi kerusi itu dengan majoriti yang kecil, ia akan menjadi kemenangan moral bagi pemimpin-pemimpin pembangkang sebagai tanda
"mereka telah menyampaikan pungutan suara orang ramai yang menentang penggantungan terhadap Anwar".Pembangkang dijangkakan juga untuk menggunakan pilihan raya kecil Tenang ini bagi menilai Agenda Pembaharuan 100 hari yang diperkenalkan pada konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang hujung minggu lepas samada memenuhi kehendak rakyat.
Sulaiman, yang meninggal dunia kerana kencing manis, memenangi kerusi itu dengan majoriti 2,492 undian, mengalahkan calon PAS Mohd Saim Siran pada pilihan raya umum 2008.
Majoriti ini berkurangan 16% daripada yang diperolehi oleh Sulaiman pada pilihan raya umum 2004. Pada pilihan raya 2004, Sulaiman memenangi dengan majoriti yang lebih besar iaitu 5,517 undian.
"Pada pilihan raya umum 2008, kami melihat satu penurunan besar dari pengundi Cina, terutama di kawasan bandar seperti Labis dan ini pasti menjadi kebimbangan kita. Majoriti undi dalam semua tiga pusat pengundian di bandar itu, iaitu Bandar Labis Timor, Bandar Labis Tengah and Labis telah pergi kepada pembangkang," menurut sumber dalaman BN.
Penganalisis politik juga sedang memerhatikan adakah arus perubahan ini akan melanda Labis yang merupakan kubu presiden MCA Dr Chua Soi Lek. Anak lelakinya Tee Yong merupakan ahli Parlimen Labis.
"Keadaan ini sama seperti di Galas , di mana panglima perang tempatan Tengku Razaleigh Hamzah memenangi kerusi itu untuk Umno. Begitu juga di Batu Sapi, Sabah, di mana Ketua Menteri Sabah Musa Aman membantu kemenangan BN. Kini tekanan adalah kepada Chua untuk memenanginya untuk BN," menurut seorang penganalisis politik yang menolak untuk dinyatakan namanya.
Kemenangan moralTenang ialah satu daripada kerusi DUN di bawah kawasan Parlimen Labis, selain Bekok. Kerusi Parlimen Labis telah lama menjadi "Kerusi Presiden MCA". Ia telah dipegang sejak sedekad yang lalu oleh bekas presiden MCA Dr Ling Liong Sik sebelum dia mengundurkan diri pada 2002 dengan diambil alih oleh Chua.
Kerusi Bekok dipegang oleh Tan Kok Hong daripada MCA, yang pernah menjadi penyokong kuat Chua tetapi telah beralih sokongan terhadap puak lain dalam parti itu.
"Ia amat menarik untuk melihat bagaimana Chua akan meyakinkan Tan untuk membantunya dan memastikan tiada sabotaj dalaman kepada jentera kempen MCA," menurut pemimpin akar umbi MCA dari Johor.
Dia turut mengingatkan BN agar jangan terlalu yakin peluangnya dalam mendapat semula kerusi ini. Ini adalah berasaskan kemenangan BN dalam kawasan pilihan raya Parlimen Labis pada pilihan raya umum lepas di mana Tee Yong memenangi dengan majoriti tipis iaitu mendapat 4,094 undian.
Pada pilihan raya 2008, dia menewaskan calon DAP Teo Eng Ching, kakak kepada ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching (DAP).
"Dalam kerusi DUN Bekok, kami cuma menang dengan majoriti tipis 1,944, juga dengan menentang DAP. Saya tidak akan terkejut jika DAP keluar membantu sedaya upaya untuk memalukan Chua dan MCA dengan kemenangan moral ini, terutama kepada pengundi Cina,” menurut seorang pemimpin MCA.
Terjemahan : Storm clouds may roll into Tenang skies Jana Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!