blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kekayaan Sarawak Di Lehernya

Tuesday, December 21, 2010





Sarawak Report telah mengalami serangan siber, yang telah mengganggu sementara waktu sehingga talian terputus. Ia diikuti pula dengan sejumlah ancaman-ancaman bunuh yang dihantar melalui surat, yang dapat dapat dikesan melalui format 'sihir jahat' mereka.

Melumpuhkan sesebuah laman web dengan menggunakan berjuta-juta hit adalah satu proses yang sangat mahal , malah lebih mahal daripada melantik peguam-peguam terkenal. Jadi perkara ini dapat mengecilkan senarai orang yang kami syaki kepada orang yang sangat kaya dan mempunyai kepentingan langsung dalam menghalang kami, tetapi siapakah orangnya yang suka menghalang kami dengan cara begini daripada membuat pendakwaan di dalam mahkamah terbuka.

Kami tinggalkan persoalan ini kepada pembaca-pembaca untuk mempertimbangkan siapakah yang akan mungkin mengambil pendekatan sedemikian kepada Sarawak Report?


Pengantin Perempuan Bilion Dolar


Sementara itu, kami meletakkan gambar eksklusif pengantin perempuan muda Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud. Kuching telah dihangatkan dengan maklumat yang bocor bahawa lelaki berusia 74 tahun ini akan berkahwin dengan isteri kedua berumur dalam lingkungan 20-an.

Bagaimanapun , kerajaan menolak untuk mengeluarkan sebarang pengesahan rasmi majlis perkahwinan yang telah disambut pada hujung minggu lalu di sebuah rumah mewah Ketua Menteri (pembiayaannya kekal menjadi misteri, seperti hartanahnya yang lain). Malah menteri-menteri Kerajaan melayari ke laman web untuk mengenali “Thief Lady”, yang masih lagi belum diumumkan namanya.

Dengan permintaan yang bertubi-tubit kepada Sarawak Report maka kami dengan rasa hormatnya sanggup berkongsi maklumat.


Kekayaan Sarawak Sekeliling Lehernya

Orang Sarawak tidak akan lupa beberapa ribu hektar hutan kawalan mereka sudah terkorban dan bertukar kepada sawit untuk menghiasi leher wanita ini.

Seorang jauhari dari London hari ini memberi pendapat batu-batu delima pada mahkota berliannya, rantai leher, cincin dan brouch “kemungkinan mutiara tiruan”. Sebabnya jika semua batu-batu itu delima cabochon tulen, seperti yang kelihatan, ia pastinya “nilai yang tiada tandingan”. Jauhari mengandaikan bahawa ia bernilai sekurang-kurangnya RM150 juta.

Selagi Ketua Menteri tidak mengeluarkan sebarang maklumat tentang pengantin perempuannya, kami menyerahkan kepada rakyat Sarawak untuk menilai sesama mereka sama ada Ketua Menteri telah menghiasi isteri baharunya dengan delima kaca atau delima cabochon.


Krismas ialah masa untuk berkongsi

Ketika mereka berlepas untuk bulan madu Krismas ini, pastinya dengan menggunakan satu daripada jet-jet Hornbill yang dibiayai oleh pembayar cukai Sarawak, kami berharap pasangan bahagia ini akan mengenang ramai kanak-kanak yang kelaparan di rumah-rumah panjang yang mengharapkan satu hadiah yang cantik untuk krismas tahun ini.

Bagaimanapun , masa menjadi semakin sukar kerana semakin banyak tanah-tanah diragut daripada komuniti ini oleh kerajaan BN Ketua Menteri, jadi ibu bapa mereka telah pun memberitahu anak mereka agar tidak terlalu mengharap.

Seperti biasa, ibu bapa ini akan mengingatkan anak mereka dengan nasihat kegemaran Ketua Menteri untuk orang-orang luar bandar “mesti belajar untuk sabar”. Nampaknya, Taib baik sudah mula berjanji dia akan berkongsi kekayaannya dengan rakyat yang telah dirampas kekayannya!.




Jana RM4316.80 Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!
thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks