blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

PRK Dun Tenang?

Friday, December 17, 2010
Sehingga posting ini ditulis, belum ada pengesahan daripada media rasmi . Tetapi berdasarkan maklumat yang pasti diterima Adun Tenang, Sulaiman Taha bergantung kepada bantuan mesin selepas 2 minggu berada di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Apa yang pasti jentera UMNO sudah sibuk untuk mencari-cari siapakah calon PRK di Dun Tenang sejak jam 10.00 mlm lagi.

Sdr Hizwan Ahmad memulakan kehangatan sesi penerangan malam semalam.

Namun begitu program ceramah umum di Taman Amal, Muar berjalan dengan baik dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat. Antara isu yang disentuh sepanjang program penerangan kepada rakyat pastinya adalah isu tempatan.


Sdr Azhan Atan (kanan) turut hadir malam semalam.



Dianggarkan sekitar 600 hadirin yang hadir pada sesi penerangan semalam.


YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN Maharani menyentuh isu permasalahan di Johor.

1. Sebuah masjid di Parit Bakar, Muar bernilai Rm1.1 juta telah siap dibina namun belum ada kelengkapan sepenuhnya. Tiada bilik air dan tempat mengambil wuduk, hanya 4 pili air. Apa peranan majlis tempatan terhadap isu ini? Apa tindakan kerajaan negeri Johor?

2. Ramai rakyat johor tidak sedar perubahan dalam bil air mereka sejak 1 November lepas berlakunya kenaikan atas alasan 'pelarasan' namun pastinya ia tidak didedahkan dalam media utama, Ini adalah kesan penyerahan SAJ kepada kerajaan Pusat dengan hutang sebanyak RM400 juta. Bagi menampung kerugian ini rakyat Johor terpaksa menanggunya melalui 'pelarasan' ini.

3. Di dalam laporan Audit negara banyak berlaku kepincangan dalam MPM (Majlis Perbandaran Muar).

4. Isu Dana Johor turut disentuh berkenaan kerugian para pelabur (ironinya ia dimiliki oleh ahli UMNO sendiri) apabila dituntut untuk melunaskan bayaran kepada pihak Bank hampir RM40 ribu kerana kerugian.



CheguBard yang sinonim dalam kes Altantuya tidak lari dari menyentuh isu ini. Kelangsungan daripada 'rahsia pertemuan Najib dan Altantuya' di Singapura menjadi penyebab mengapa tanah Malaysia tergadai kepada Singapura.

Termasuklah isu Blok L dan Blok M, perairan Malaysia yang terdapatnya telaga Minyak diserahkan kepada Brunie dengan mudah.


Anwar dan WikiLeaks

Sdr Mahfudz Omar yang bersidang di Parlimen petang semalam menyentuh isu Anwar Ibrahim dan WikiLeaks.

Media kerajaan memainkan 'petikan' WikiLeaks bahawa Lee Kwan Yew percaya terhadap penglibatan Anwar dalam kes liwat tetapi tidak menyentuh langsung 'petikan' WikiLeaks yang melibatkan Najib dalam pembunuhan Altantuya.

Dimana rasionalnya mainan media kerajaan ini?. Jika Anwar dituduh dengan tuduhan demikian, dia sedang membersihkan tuduhan itu di Mahkamah walaupun dengan pelbagai halangan untuk mendapatkan bukti.

Tetapi Najib?? Seorang Perdana Menteri Malaysia, yang dituduh terlibat dalam pembunuhan Altantuya tidak memberi sebarang respon. Malah tidak hadir ke sidang Parlimen untuk menjawab pertuduhan ini.

Siapa Anwar hendak dibandingkan seorang manusia bernama Najib Tun Razak, seorang Perdana Menteri Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita pastinya hendak mendengar sendiri dari Perdana Menteri kita menafikan tuduhan itu, dan jika beliau benar dakwa sesiapa yang menuduhnya di mahkamah. Bersihkan tuduhan itu.

Ya mungkin, Rosmah boleh tolong jawab bagi pihak Perdana Menteri Malaysia barangkali.


Minum-minum selepas program , dari kiri Sdr Hizwan, CheguBard dan Dr Mohammad Taslim.




Jana RM4316.80 Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!
thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks