Seorang lelaki yang sedang membina sebuah bangsal di Maryland AS memandang ke bawah untuk untuk mencari seketul batu galas, lalu menemui sebiji batu yang mempunyai persamaan jelas seperti anggota kemaluan lelaki.

Martin Kenny, yang menyara diri sebagai tukang baiki ladam kuda di Elk Neck Park, terkejut dengan penemuannya itu dan turut perasan batu ini turut mempunyai sebuah lubang di tengahnya.
Kenny memberitahu
Metro.co.uk:
'Saya hanya tunduk dan terlihat batu itu. Syukur pelanggan saya tidak melihatnya'Beberapa orang mendakwa batu ini adalah stalaktit tetapi Kenny menafikan dakwaan itu kerana batu ini bukannya daripada batu kapur.

Lubang ditengah batu yang seperti digerudi ini juga tidak dapat dijelaskan kewujudannya.
Kenny, yang tinggal di hujung teluk, percaya batu itu berkemungkinan sebuah arca yang jatuh ketika dipindahkan dari sebuah bot.
Dia telah menghubungi Smithsonian Museum tentang penemuan ini tetapi sehingga kini tidak mendapat jawapan.
Jana Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!