
JITRA, 15 Dis -- Borhan Nordin Abdul Halim, 34, menunjukkan mata kail yang digunakannya untuk menarik mayat seorang lelaki berbangsa Melayu berumur lingkungan 30-an yang ditemui mati di Terusan Utara, Kampung Kemunting di sini, kira- kira 9.30 pagi tadi.

Beberapa anggota Polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kubang Pasu mengangkat mayat seorang lelaki berbangsa Melayu berumur lingkungan 30-an, yang ditemui mati dalam Terusan Utara di Kampung Kemunting di sini, kira- kira 9.30 pagi tadi.
Mayat yang berpakaian lengkap ditemui terapung oleh seorang pemancing, Borhan Nordin Abdul Halim, 34, ketika beliau secara kebetulan memancing di kawasan mayat ditemui. Mayat dihantar ke Hospital Jitra untuk dibedah siasat dan pihak polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga segera membuat laporan di balai polis berhampiran.
Sumber : Bernama
Jana Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!