blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Percaya Kisah Anwar Dari Orang Ke-5?

Tuesday, December 14, 2010

Ok, mari kita sama-sama semak realiti pendedahan WikiLeak tentang Anwar Ibrahim: ramai orang memberikan reaksi berdasarkan laporan daripada orang ke lima, ia berdasarkan apa yang seseorang itu sampaikan kepada seseorang, disampaikan lagi kepada seseorang yang akhirnya ia ditulis di dalam kabel.

Setakat ini, itulah saja yang kita faham, dan itulah yang dilaporkan. Tanpa teks kabel yang lengkap hanya sekadar berpandukan petikan dalam konteks, ia sukar untuk menidakkan kesimpulan apa yang kami lihat dan baca setakat ini kelihatan, kedengaran, dan berbau seperti sekadar tuduhan yang tidak berasas.

Dengan laporan-laporan berita, blog dan Twitter yang mengulas dengan penuh hangat sejak semalam, sehingga kita terlupa bahawa kekecohan ini hanya berasaskan satu sumber berita berdasarkan komen yang dikeluarkan oleh orang lain, bukannya berdasarkan mana-mana laporan sebenar yang telah dibuat.

Satu akhbar Australia melaporkan seorang diplomat Amerika telah berkata yang dia mendengar daripada seorang diplomat Singapura bahawa seorang rakyat Australia telah berkata bahawa....

Boleh dikatakan, ia perkhabaran angin yang ekstrim.

The Sun herald , yang melaporkan secara eksklusif kabel ini, tidak mendedahkan teks sebenar, begitu juga WikiLeaks. Oleh itu, semua ini hanyalah berasaskan taksiran-taksiran pihak ketiga apa yang mungkin telah dikatakan.

Menteri Luar Singapura George Yeo juga memberi pandangan yang sama

"Begini, George cuba untuk menjadi sangat kasual, berdasarkan atas apa yang telah dilaporkan dalam kabel, ia hanyalah sekadar perbualan kedai kopi.

Dalam sebarang komunikasi perhubungan mesti tidak boleh diambil daripada konteks percakapan. Pada masa akan datang akan terjadinya tokok tambah dalam percakapan asal dan ianya berterusan. Pasti setiap individu mempunyai pandangan berbeza. Mungkin terdapat satu perbezaan pendapat. Mereka mungkin berkata beberapa perkara yang tidak betul mengenai anda, dan anda tidak setuju. Tetapi itu tidak menjadi masalah, ianya perkara biasa. Jika anda mendengar segala hal yang mereka kata di belakang belakang anda , dan anda berasa sangat tersinggung, anda akan menjadi seorang yang sangat tidak gembira. Kadang-kadang ianya hanyalah sifat “perbualan kedai kopi” . Ramai orang berkata kita hendaklah sentiasa membicarakan hal yang jujur dan benar, jangan berpecah-belah...ya ianya perkara yang betul, tetapi apa yang dikatakan hanyalah 'konteks', tapi tidak ramai yang mengamalkannya.




Jana RM4316.80 Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!
thanks1
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks