blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Bila Tok Guru Sakit..

Friday, December 10, 2010









Aspan Alias

Tok Guru Nik Aziz kembali sembuh setelah mengidap sakit demam seketika dan gambar yang terakhir beliau boleh didapati dalam blog Sayuti Omar. Gambar terakhir itu diambil semalam selepas beliau mengimamkan sembahyang Asar dimasjid yang berada didalam kawasan rumahnya.

Kegeringan sebentar Tok Guru Nik Aziz dihebohkan oleh setengah bloggers dan saya tidak tahu apa niat sebenar isu itu dihebuhkan. Tetapi sekilas ikan diair sudah tahu kita jantan betinanya. Yang lebih menyibuk ialah blog-blog yang anti PAS dan Nik Aziz tetapi tidak siapa dapat menghalang mereka dari menghibuhkan isu kegeringan Tok Guru sehari dua itu kerana masing-masing sedang terperangkap dengan politik jembelan setengah pihak.

Saya sendiri malam tadi memanggil orang-orang yang rapat dengan Tok Guru dan mereka mengatakan yang Mursyidul Am PAS itu sakit sedikit seperti juga orang-orang yang muda-muda ini menghadapinya sekali-sekala. Tetapi politik yang ‘lebih sudu dari kuah’ ini yang terlalu sibuk dengan isu itu; bukan kerana ‘concern’ terhadap kesihatan Tok Guru itu tetapi kerana beliau adalah orang politik.

Ada blogger yang mengatakan TGNA sedang tenat dihospital Kota Bharu dan ada pula yang membayangkan yang PAS akan kehilangan seorang pemimpin yang dihormati. Cara mereka menulis itu seolah-olah mereka tahu bila TGNA akan meninggal dunia; lebih dahulu dari Tuhan sendiri. Mungkin ramai yang marah kepada saya kerana menulis dan menegur sesiapa yang terlalu ‘excited’ itu tetapi saya tidak akan mengambil pusing terhadap kritikkan itu.

Hanya yang saya ingin mengingatkan semua; tidak akan sampai maut sebelum ajal. Biarlah dan serahkanlah penentuan sesorang untuk kembali kealam yang kekal itu kepada Tuhan dan elok kita lakukan apa yang sepatutnya kita lakukan sebagai hambanya yang bersifat Baharu ini, iaitu sentiasa mentauhidkan Tuhan secara istikomah. Tidak payahlah untuk cuba mengambil alih kerja Tuhan kerana tugasan kita masih banyak yang kita tidak selesaikan lagi.

Kepada To Guru saya mengucapkan selamat kembali bertugas dan diharapkan TGNA akan berada didalam sepenuh keredhoan Tuhan senantiasa. Seandainya saya sampai keKota Bharu sehari dua ini saya akan pergi menziarahi TGNA, seorang individu yang saya sangat hormati itu.

Saya mengenali beliau sebagai individu yang tidak tertipu dengan tuntutan sosial yang lazim dialami oleh ramai pemimpin-pemimpin kita dan isteri-isteri mereka.

TGNA is never a social climber. He is a leader.

Jana RM4316.80 Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!
thanks1
Read Full 0 comments

Yuran Naik, Kereta DiRaja Kena Rusuh

http://2.bp.blogspot.com/_e6yqD3noOkA/TQGcXNKaooI/AAAAAAAAFnU/8M1Pw18-W5U/s1600/1.jpgPutera Charles dan Camilla terkejut dengan serangan daripada golongan pelajar.

LONDON: Perdana menteri Britain, David Cameron semalam mengecam tindakan ribuan pelajar yang menceroboh Ibu Pejabat Parti Konservatif kelmarin sebagai bantahan terhadap cadangan kerajaan untuk menaikkan yuran pengajian.

Cameron juga mengecam tindak balas polis yang ‘tidak memadai’ dalam menangani rusuhan itu di mana hanya sekumpulan kecil pasukan keselamatan dikerah untuk melindungi bangunan parti yang dipimpin beliau. Seramai 14 orang cedera dan 35 lain ditahan selepas ribuan penunjuk perasaan bertindak merusuh bangunan pejabat 1960-an itu yang terletak berhampiran bangunan Parlimen.

Penunjuk perasaan bertindak memecahkan kaca dan merosakkan perabot di lobi pejabat parti Konservatif yang memerintah dalam kerajaan campuran dengan parti Liberal Demokrat itu.

Kerajaan baru-baru ini mencadangkan kenaikan tiga kali ganda yuran pengajian bagi sebagai sebahagian usahanya mengurangkan perbelanjaan.

Kesatuan Kebangsaan Pelajar (NUS) yang berkata sehingga 50,000 orang menyertai tunjuk perasaan itu, turut mengecam tindakan segelintir daripada mereka yang merusuh pejabat parti Konservatif itu.– AFP



http://1.bp.blogspot.com/_e6yqD3noOkA/TQGcXIQlU6I/AAAAAAAAFnM/LNUPMuRxP64/s1600/2.jpg
Keadaan kereta Rolls Royce DiRaja Britian selepas dirusuh.


Di Malaysia,
Minyak naik senyap..
Gula naik senyap..
Tepung naik senyap..
Diesel naik senyap..
Ni nanti elektrik naik pun confirm senyap..
Mati lagi baik...senyap terus!
:Author Faethal



Jana RM4316.80 Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!
thanks1
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks