blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Khir Toyo - Seorang Lagi Kasitah Gaddam

Wednesday, December 8, 2010
Kasitah Gaddam ketika dibebaskan daripada pertuduhan rasuah.

Saya tertanya-tanya adakah UMNO BN akan mengarak Najib naik atas pentas seperti mereka melakukan pada Khir Toyo pagi kelmarin, tetapi atas penglibatannya dalam kes pembunuhan Altantuya. Tindakan semalam menunjukkan begitu kecilnya langkah UMNO BN untuk memenangi PRU-13 akan datang. Mungkin jika terdapat ramai rakyat Malaysia menunjukkan kemarahan mereka menentang ketidakadilan terhadap Altantuya, mungkin UMNO BN menyedari betapa terdesaknya pilihan raya ini bagi mereka, lantas perlunya memenangi pertandingan persepsi bagi mereka untuk lebih berjaya.

Sejarah begitu jelas. Pada 12 Feb 2004, Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Kasitah Gaddam, telah dituduh di mahkamah kerana rasuah. Pada 31 Mac 2004, UMNO BN memenangi PRU-11 (dan ia dimenangi Abdullah Badawi dengan kemenangan besar). Pada 12 Ogos 2009, selepas kes tertunda untuk lebih daripada 5 tahun, Kasitah Gaddam telah dibebaskan apabila mahkamah memutuskan pendakwaan itu telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie menentang bekas menteri. Perhatikan kes itu telah gagal pada peringkat prima facie, tetapi ia meraih (atau dengan lebih tepat lagi, sepatutnya saya berkata, dimainkan dengan baik) publisiti yang hebat dan belum pernah berlaku sebelum ini. Semuanya untuk persepsi positif UMNO BN.

Begitu juga dalam kes Khir Toyo. Ianya adalah satu penghinaan terhadap kebijaksanaan rakyat. Untuk berfikir dengan hanya mengenakan tuduhan terhadap bekas Menteri Besar Selangor dengan isu rasuah sudah cukup bagi menghapuskan budaya rasuah yang lama wujud dalam UMNO BN, ia seolah-olah tindakan memberikan tamparan perlahan pada tangan seorang kanak-kanak dengan mengharapkan pabila dia membesar dan menjadi dewasa nanti supaya berkelakuan baik. Lebih buruk lagi, pertuduhan terhadap Khir Toyo sekarang hanya selepas dia dengan angkuh bergerak secara bebas selama bertahun-tahun biarpun selepas kekalahan teruknya pada 2008 hanya menaikkan lagi tahap kemarahan kita. Ini menunjukkan kepada kami bagaimana penjenayah-penjenayah kelas politik lebih diutamakan dan diberi kawalan daripada biasa, berbanding dengan rakyat yang patuh undang-undang.

Dan penampilan yang ditunjukkan Khir Toyo memburukkan lagi dirinya. Lihat bagaimana dia datang semasa sesi mahkamah dengan SUV hitam mewahnya yang dikawal oleh sekumpulan kereta keselamatan. Dan dia memberikan senyuman penghinaan kepada kita semua. Jika pentadbiran Najib boleh membelanjakan RM36 juta daripada wang rakyat kepada syarikat perunding Amerika McKinsey and Co untuk menjadikannya kelihatan bagus, ia perlu menimbangkan perbelanjaan beberapa juta bagi mengupah pengarah Hollywood kerana menjadikan 'Khir Toyo' kelihatan lebih meyakinkan. Saya membayangkan keadaan Khir Toyo dalam seragam 'lokap' berwarna oren, dengan sedikit mekap pada mukanya kerana beberapa kecederaan yang biasa dialami oleh mangsa-mangsa tahanan Polis Raja Di-Malaysia. Dan mengingatkan Khir Toyo untuk tidak memberikan mana-mana senyuman tetapi menundukkan kepalanya sepanjang masa. Lebih baik lagi, tutup terus kepalanya dengan satu beg kertas. Dia harus berasa malu dengan dirinya sendiri yang sehingga ingin mengorek sebuah lubang dan menyembunyikan kepalanya.

Tidak, pertunjukkan Khir Toyo pagi kelmarin menghumbankan semua andaian saya. Pandangannya yang penuh keyakinan dan seperti tiada apa-apa memberitahu kami realiti yang menjijikkan: dia hanya seorang lagi 'Kasitah Gaddam' untuk beberapa tahun. Dia akan terus duduk di rumah besarnya (dan bersama semua keuntungan kotor lain yang dia kumpul untuk dirinya sejak bertahun-tahun). 'Perjanjian' pastinya dijalin bersama UMNO: anda sekarang berguna untuk sebuah persembahan antirasuah dan kami menjamin anda satu persaraan yang selamat.

Menariknya sesi mahkamah kelmarin, satu persembahan kecil juga berlangsung, antara subordinat (hakim mahkamah) dan bos (Peguam Negara). Hakikatnya, hakim mahkamah ialah seorang kakitangan awam yang akan melaporkan kepada Peguam Negara. Untuknya melangkau kebiasaan dengan mengambil kes ini secara langsung untuk dirinya, Peguam Negara sendiri telah mencipta tekanan tak langsung pada hakim itu dan meninggalkan kes itu pada dirinya dengan berkesan. Bagi mereka yang naif akan berfikir pihak pendakwaan akan memenangi kes dan mensabitkan Khir Toyo, tetapi keputusan kes ini berkemungkinan sebaliknya - memastikan kes berjalan seperti di dalam 'perjanjian'.

Dalam masa media utama memainkan wayang ini dan akan terus berputar dalam hari-hari akan datang, kita jangan lupa agensi yang bertanggungjawab dalam siasatan ini ialah SPRM, yang telah berlumuran tangannya dengan darah Teoh Beng Hock. Kontroversi 'nota bunuh diri' dan prestasi peguamnya dalam pusingan prosiding inkues baru-baru ini bermain di fikiran. Kita sudah boleh lihat sebuah badan kehakiman memilih dalam memberikan keadilan.

Dan kita jangan lupa peguam terkenal, VK Lingam, yang terus bebas walaupun laporan bersalah terhadapnya dikeluarkan oleh Penyiasatan Suruhanjaya DiRaja. Dan mereka yang membuang berbilion-bilion wang rakyat dalam skandal PKFZ. Dan lagi dan lagi. Dan untuk yang lebih ekstrem lagi, penindasan berpanjangan terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim melalui tuduhan-tuduhan liwat yang direka-reka.

Tentang idea untuk UMNO BN tampil kelihatan baik, mengikut boleh jika dibuat mengikut urutan yang betul, dan berguna dalam memenangi persepsi rakyat, ia sepatutnya berlaku seperti ini: Presiden MCA Chua Soi Lek ditangkap di atas kes video seks luar biasanya, Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud kerana rasuah , dan ketua kepada semua, Perdana Menteri Najib kerana penglibatannya dalam pembunuhan Altantuya.





Terjemahan : We don’t need another ‘Kasitah Gaddam’





Jana RM4316.80 Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!
thanks1
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks