blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kisah Chong Eu Dipaksa Bersara Awal

Monday, November 29, 2010
Chong Eu (kiri) semasa mengangkat Prof Syed Hussein Alatas.

Pilihan raya ialah sebahagian dari proses demokrasi tetapi ia juga sebuah permainan politik dengan paradoks. Ahli-ahli politik berjuang demi untuk sokongan orang ramai semasa pilihan raya.

Mendiang Tun Dr Lim Chong Eu, dihormati sebagai bapa perindustrian Pulau Pinang, telah dikalahkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang dalam pilihan raya umum 1990, dengan majoriti kira-kira 800 undi. Chong Eu kemudian dipaksa untuk persaraan awal daripada jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dan telah dijawat oleh setiausaha politiknya ketika itu Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Chong Eu telah banyak memberi sumbangan kepada Pulau Pinang. Dia memulakan dan melaksanakan perindustrian 10 tahun lebih awal daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Bagaimana boleh seorang pemimpin yang telah memberi terlalu banyak sumbangan dikalahkan juga? Ia memang sesuatu yang Chong Eu rasakan sangat perit, dan sehingga sekarang, kebanyakan daripada penyokong-penyokongnya yang setia tetap sukar untuk menerima kekalahannya.

Pergaduhan politik menjadi tegang semasa pilihan raya umum 1990. Umno telah terperangkap dengan krisis parti pada 1987 dan krisis kehakiman pada 1988 manakala Tengku Razaleigh Hamzah, bersama dengan beberapa pemimpin yang disingkirkan, menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 dan menjadi sebuah parti pembangkang yang digeruni.

Orang Cina, termasuk di Pulau Pinang, mengharapkan satu sistem dua parti yang boleh membawa negara ke arah sebuah masa depan yang lebih cerah. Walaupun Chong Eu telah banyak melakukan pembangunan untuk orang ramai dan untuk Pulau Pinang, dia masih tidak dapat melawan arus perubahan yang melanda seluruh negara kemudiannya.. Tambahan pula, tahap ekonomi Pulau Pinang tetap tiada transformasi lanjutan dan statik walaupun selepas era perindustrian. Itulah sebabnya DAP hampir-hampir berjaya menghumban kerajaan negeri BN Pulau Pinang pada tahun 1990.

Bagaimanapun , DAP melancarkan Kempen Tanjung 3 pada pilihan raya umum 1995 , dan Kit Siang telah dilabelkan sebagai Robocop yang akan mengetuai Pulau Pinang untuk kehebatan yang lebih tinggi.

Kit Siang , bagaimanapun telah dikalahkan oleh Koh dan berundur dari arena politik Pulau Pinang. Sesetengah orang percaya undi menentang Kit Siang adalah untuk membalas dendam terhadap kekalahan Chong Eu dalam pilihan raya umum 1990. Sesetengahnya juga berkata strategi Robocop sendiri menjadi penyebab kekalahan Kit Siang.

Walau apa pun kesimpulannya, undang-undang bandul (pendulum law) akan sentiasa dengan tepat mencerminkan mentaliti rakyat. Sebuah parti mungkin memenangi kali ini, tetapi ia akan hampir kehilangannya jika gagal dilaksana dengan betul. Pilihan raya umum 2008 ialah contoh terbaik. BN memenangi hampir 90% daripada kerusi-kerusi pilihan raya umum 2004 tetapi kehilangan Pulau Pinang dalam pilihan raya umum 2008. Ia tidak ada apa-apa kaitan sama ada Koh bertanding di Pulau Pinang atau meninggalkannya untuk bertanding di peringkat persekutuan. Ia hanyalah kerana minda pemikiran orang ramai telah berubah.

Chong Eu adalah seorang ahli politik yang telah menyaksikan perubahan. Malangnya, dia tidak meninggalkan memoir sebagai pelengkap sejarah dan bimbingan untuk generasi yang lebih muda.

BN dan PAKATAN RAKYAT sudah bersedia untuk sebuah pertempuran hebat pada pilihan raya akan datang. Tetapi insiden Waterloo mungkin terjadi jika mereka tidak memahami para pengundi dan apa sebenarnya kehendak mereka.





Jana RM4316.80 Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!
thanks1
Read Full 0 comments

PKR Sibuk Dengan Masalah, BN Sibuk Buat Masalah!













oleh : Aspan Alias

PKR sedang menghadapi dugaan besar dan ianya boleh dilihat dengan jelas semasa PKR mengadakan Persidangan Agungnya hari pertamanya semalam. Baik di dalam atau di luar Dewan Persidangan keadaan tidak tenteram dilihat berlaku.

Di luar dewan sekumpulan ahli PKR menunjuk perasaan kerana tidak berpuas hati dengan cara pemilihan dikendalikan oleh jawatankuasa pemilihan parti dan ini tentunya lanjutan kepada keputusan Datuk Zaid Ibrahim menarik diri dari pertandingan jawatan Timbalan Pesiden PKR dan seterusnya meninggalkan parti itu.

Dalam keadaan kepincangan semasa persidangan agung tahunannya, persidangan itu telah mengambil ketetapan untuk memberikan sokongan padu kepada Anwar Ibrahim sebagai pemimpin de facto PKR. Walaupun ada cadangan dari Wanita PKR untuk dijadikan Anwar sebagai pemimpin de facto diwujudkan secara formal dan dimasukkan kedalam perlembagaan parti namun Wan Azizah, Presiden parti itu menolak usul itu kerana struktor kepimpinan yang ada adalah baik dan tidak perlu dipinda atau dianjak.

Hasil dari perbalahan yang berlaku didalam PKR ada pihak yang bertentangan dengan parti itu merasa gembira dan menganggapnya sebagai hikmah bagi mereka yang sedang berkuasa. Ada pihak mengambilnya sebagai proses ‘elimination’ dalam PKR dan yang tinggal itu adalah yang benar-benar setia sahaja yang akan bergerak dengan lebih cemerlang pada masa yang akan datang dan akan memberikan kekuatan kepada parti itu.

Apa pun pandangan dan persepsi siapa pun ianya tidak bermakna UMNO dan BN akan pasti mendapat ‘advantage’ dalam pilihanraya yang akan datang. Jika kepimpinan UMNO dan ahli-ahlinya merasakan ini akan pasti membawa kemenangan kepada BN ini merupakan satu pandangan dan persepsi yang amat salah.

Kalau diimbau kembali apa yang berlaku dalam pilihanraya yang lalu PKR semasa itu belum pun setabil malahan PKR menghadapi masalah untuk mencari calun-calun untuk diturunkan bertanding. Itulah sebabnya ramai diantara ahli-ahli Lagislative samada diParlimen atau diDewan-Dewan Undangan negeri adalah dari mereka yang tidak mempunyai ‘disposition’ yang baik dan PKR wajar menggantikan mereka untuk menjamin penerimaan pengundi-pengundi. PKR hanya menangkap muat sesiapa sahaja yang mahu dan rela diturunkan sebagai calun semasa itu.

Ramai penyandang yang ada mewakili PKR sekarang ini tidak akan mendapat kemenangan kali ini jika mereka tidak digantikan dengan calun-calun yang lebih baik dari mereka yang ada sekarang ini.

Jika PKR benar-benar serius untuk menjadi parti ‘alternative’ maka calun-calunnya mestilah dari mereka yang berwibawa dan mempunyai pembawaan peribadi yang baik dan dikenali oleh pengundi-pengundi tempatan. PKR mesti berani dan mempunyai kekuatan untuk berubah kerana sokongan yang diperolehi dalam pilihanraya yang akan tidak sama dengan sokongan yang didapati dalam pilihanraya yang lalu.

Jika PKR tidak berusaha untuk mencari calun-calun yang baik maka ianya akan mengalami apa yang dialami oleh UMNO. UMNO sedang menghadapi delima pemilihan calun-calun pilihanraya kerana memilih calun-calun dari kalangan pemimpin bahagian dalam mana mereka mendudukki barisan kepimpinan bahagian melalui proses pemilihan yang tidak legitimate.

Budaya ‘patronizing’ dalam UMNO menjadikan mereka yang tidak layak menjadi barisan kepimpinan banyak bahagian-bahagian diseluruh negara. Budaya ini juga agak jelas berlaku didalam PKR, tetapi tidak seburuk yang berlaku didalam UMNO kerana kaedah pemilihan secara ‘direct’ yang dilakukan dalam PKR sedikit sebanyak telah memilih mereka yang dikenali dan disukai dari kalangan mereka yang keluar mengundi.

Tetapi oleh kerana tidak ramai dari ahli keluar membuang undi dalam pemilihan parti kali pertamanya ini, maka pimpinan yang dipilih tidak lah begitu ‘representative’ kepada kehendak ramai.

Yang akan menjadi asas penghakiman dari rakyat ialah samada parti pemerintah bersedia untuk menjadi hamba kepada rakyat dan memberikan khidmat kepada mereka seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan negara maju yang secara ‘relative’nya lebih telus dan ‘people friendly’.

Samada PKR dan PR mampu untuk menerima dugaan politik yang besar ini bukan menjadi hal sangat. Yang lebih penting ialah samada UMNO dan BN mampu berubah.

UMNO sebagai parti pemerintah masalah perhubungan diantara ahli-ahli, walaupun ada perpecahan tetapi kuasa yang ada pada UMNO itu boleh membendung perpecahan itu dari dilihat dan ditutupi dari pemerhatian rakyat.

Tetapi didalam pilihanraya keputusan mereka untuk mengundi hanya akan dibuat didalam bilik mengundi dan disanalah akan dinyatakan segala keluhan dan gulana mereka. Ahli UMNO tidak akan keluar parti tetapi mereka mempunyai keberangkalian membelakangkan partinya dalam bilek mengundi. Itu pun yang berlaku didalam pilihanraya yang lalu dimana hanya 2 juta ahli UMNO yang memberikan undi kepada parti mereka sedangkan ahli-ahli UMNO adalah seramai 3.2 juta orang.

Rakyat masih keliru dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan kerana semua peluang yang mega hanya diperolehi oleh segelintir kumpulan atau kroni yang hampir dan berkuasa dalam dunia korporat tanah air. Segala yang asas yang mampu dilakukan oleh GLCs dan badan-badan yang mempunyai kepenting Bumiputra dan rakyat keseluruhannya diberikan kepada syarikat besar-besar yang sama sejak pertengahan lapan puluhan dulu.

Yang terakhir kita telah mendengar bagaimana YTL telah diberikan ‘head start’ untuk mengendalikan 700 MHz spectrum. YTL diberikan contract untuk menyiapkan ‘infrastructure’ kepada projek mega ini. Kenapa ‘infrastructure’ ini tidak dilakukan oleh Telekom sendiri kerana YTL akan mengambil kesempatan untuk membohongi semua pihak yang kos ‘infrastructure’ itu hanya memakan kos tidak sampai RM 250 juta.

Jika Telekom tidak mahu membina kemudahan asas untuk 700 MHz ini kita ada Khazanah dan banyak lagi GLCs yang berkemampuan untuk menyediakan kemudahan asas ini dengan kos yang rendah. Kenapa YTL begitu istemewa dan kenapa pihak lain yang mempunyai pengetahuan tentang isu ini tidak diberikan kesempatan. Semua orang tahu YTL tidak mempunyai apa-apa pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ini dan bidang ini bukanlah 'core' bisness bagi konglomerat istimewa ini. Yang hanya ada keada YTL ialah kepandaian menjual tenaga letrik kepada TNB dengan pembayaran diperolehi setiap minggu.

Kenapakah GLCs atau 'public companies by Guarantee ini tidak kembali kepada asas dan tujuan GLCs ini diwujudkan. Bukan tidak ada dasar yang ditetapkan oleh kerajaan lebih dari 3 dekad dahulu dalam penubuhan syarikat-syarikat kerajaan ini. Kenapa penggubal dasar dan pelaksana tidak mengikut dasar-dasar yang telah ditetapkan itu? Nampaknya GLCs yang ada pada hari ini hanya menonjolkan dan mebina ego dan glamour ketua-ketua eksekutif mereka sahaja. Segala dasar yang ada tidak diendahkan secara total.

Saya akan menulis tentang isu ini kerana ianya mempunayi elemen salahguna wang rakyat yang dilakukan secara terancang. Jika projek seperti ini terus diberikan kepada YTL untuk mengendalikannya maka kos kehidupan rakyat akan menjadi tinggi kerana kemudahan ini akan diguna pakai oleh semua lapisan rakyat tidak lama lagi.

Kos penyelengaraan ini harus dan wajar dilakukan oleh Telekom, PNB, Khazanah dan badan-badan yang berkepentingan orang Melayu agar ianya akan membolehkan rakyat membayar perkhidmatannya dengan lebih murah.

Kepada Najib, anda wajar diingati; yang akan menggunakan perkhidmatan ini adalah rakyat maka ini sepatutnya diberikan perhatian serius kerana kos kehidupan yang akan dialami oleh rakyat akan bertambah dengan begitu tinggi jika segala parcel projek ini diberikan kepada YTL untuk mengendalikannya.

Rakyat kena tahu isu ini sampai keakar umbi. MCMC wajar diperhatikan dengan teliti dan kita lihat samada badan ini mempunyai moral dan intergriti yang baik dalam isu ini.

Jika isu ini tidak mendapat jawapan yang memuaskan, ia akan memberikan kemampuan PKR untuk melalui dugaan yang mereka sedang hadapi kerana parti itulah yang akan menjadi pilihan untuk melakukan protest terhadap ketidak adilan pembahagian peluang yang ada dalam negara ini.

Rakyat jemu dengan tanggung jawab menjaga kepentingan parti yang memerintah, tetapi apabila berjaya yang memakan serta ‘muntah kedarah’ segala kekayaan negara diberikan kepada kumpulan manusia yang sama yang berkemampuan untuk membayar segala ‘favors’ yang mereka dapati itu dalam bentuk rasuah dan bermacam-macam lagi.

Rakyat dijadikan seperti kerbau disawah; membajak pagi hingga kepetang, tetapi yang kenyang hanyalah seekor dua tikus didalam kepuk padi.

Jana RM4316.80 Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!
thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks