blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

'Pergi Balik Cina! Pergi Balik India!"

Saturday, November 27, 2010

oleh Sarban Singh, The Star

PORT DICKSON: Satu laporan polis telah dikemukakan terhadap seorang guru yang dikatakan mengeluarkan kenyataan-kenyataan perkauman di hadapan 180 pelajar di sebuah dewan peperiksaan sekolah di Lukut, dekat sini, pada pagi Rabu lalu.

Ketua Pemuda MIC Teluk Kemang A Achutan mengetuai sekumpulan ibu bapa dari SM Raja Jumaat untuk membuat laporan di stesen polis daerah di sini.

Guru wanita, yang bertugas sebagai ketua pengawas bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di sekolah itu telah memohon maaf kepada pelajar-pelajar terbabit tetapi ibu bapa mereka memutuskan untuk membuat laporan polis kerana “tidak mahu kejadian seperti itu berulang.”

Seorang ibu bapa, M Prabhakaran, mendakwa seorang guru telah memberitahu beberapa pelajar yang bising sebelum peperiksaan bermula dengan berkata “balik ke China dan India.”

“Dia kelihatan jengkel apabila beberapa pelajar tidak menghiraukan apa yang dikatakannya,” menurut Prabhakaran, sambil menambah bahawa guru tersebut mengulangi kenyataan perkauman itu beberapa kali.

“Pelajar-pelajar terganggu dengan kata-katanya. Bagaimana anda boleh mengeluarkan komen sedemikian kepada remaja, terutama apabila mereka bakal menduduki sesuatu peperiksaan?” katanya sambil menambah bahawa pelajar-pelajar kemudiannya melaporkan perkara itu kepada pengetua sekolah Cheah Les Ngan.


Pengetua SMK Raja Jumaat, En Cheah Les Ngan.


Prabhakaran, yang mengajar di sebuah sekolah berbeza berkata pengetua dan beberapa guru bertemu pengawas berikutan isu itu dan menasihatkannya untuk kembali kepada ruang tamu dan meminta maaf kepada pelajar-pelajar.

Bagaimanapun Cheah ataupun Pengarah Pelajaran Negeri Abdul Halim Abdul Talib tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen.

Ketua polis daerah Supt Baljeet Singh mengesahkan sebuah laporan telah dibuat dan polis akan mengambil kenyataan dari mereka yang berkaitan.

Insiden ini merupakan rentetan siri kes berprofil tinggi sebelum ini yang melibatkan dua pengetua di Johor dan Kedah, kedua-dua mereka telah digantung dan dipindahkan dari sekolah mereka selepas dikatakan membuat kenyataan-kenyataan perkauman kepada pelajar mereka.

Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz memberitahu Parlimen awal bulan ini yang ianya merupakan kali pertama pegawai kerajaan dalam perkhidmatan awam membuat kenyataan perkauman.





Jana RM4316.80 Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!
thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks