blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Muhyiddin Hentam PERKASA

Friday, November 26, 2010









Muhyiddin Mahu Generasi Muda Tidak Terikat Dengan Perjuangan Kumpulan Berkepentingan

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta generasi muda supaya tidak membiarkan diri mereka terikat dengan kumpulan-kumpulan yang berkepentingan tersendiri walaupun kumpulan itu membawa ideologi atau perjuangan yang indah bunyinya.

Berucap merasmikan seminar Pemimpin Muda Malaysia di Parlimen di sini Khamis, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pemimpin muda seharusnya tidak mudah terpedaya untuk mempercayai perjuangan yang telah dipesongkan kebenarannya.

"Kebelakangan ini Malaysia menyaksikan beberapa isu yang disensasikan dan dipolitikkan di mana kebenarannya boleh dipertikaikan. Isu-isu berkaitan agama, undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hubungan kaum dan kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang menjadi perkara mutlak yang hangat dibincangkan dan secara tidak langsung membawa kepada keadaan hubungan tidak baik antara kaum dan boleh mencetuskan ketidaktenteraman.

"Pemimpin muda jangan biarkan diri anda dipergunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini," katanya pada majlis itu yang turut dihadiri Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Muhyiddin berkata pemimpin muda sebaliknya hendaklah menggerakkan tenaga mereka ke arah mencadangkan jalan-jalan penyelesaian isu-isu relevan yang boleh menjana negara ke arah Malaysia maju.

"Pemimpin muda hendaklah bertindak dengan cara yang progresif dan bercirikan sikap yang betul di mana mereka dapat meluahkan potensi yang setimpal untuk kemajuan ekonomi, sosial, politik, agama, pelajaran dan sebagainya serta menggunakan tenaga dan hasrat murni dalam membina negara," katanya.

Muhyiddin menegaskan bahawa kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk generasi muda dalam memastikan negara ini mempunyai modal insan yang berintegriti.

"Kerajaan telah melandaskan sebuah sistem demokrasi untuk diwarisi, maka generasi muda pada hari inilah yang bertanggungjawab untuk kesinambungan generasi akan datang," katanya.

Justeru, Muhyiddin mahu pemimpin muda pada hari ini untuk menyahut cabaran dan mengambil peluang untuk menjadikan diri mereka dan negara maju ke tahap yang lebih tinggi dan terus berbangga dengan kejayaan yang dicapai.

Muhyiddin berkata kerajaan memang mengambil berat tentang pembangunan generasi muda di mana pada masa kini, terdapat kira-kira 11.9 juta golongan belia berusia 15 hingga 40 tahun.

Oleh itu pengiktirafan kerajaan kepada golongan muda ini adalah penting supaya mereka dapat memberikan sumbangan secara positif dan menjadi teras kepada pembangunan negara, katanya.

"Anda semua merupakan orang penting yang bertindak sebagai penaksir, moderator dan ejen dalam mencapai standard modal insan yang berfikiran positif selari dengan kemajuan dunia.

"Adalah menjadi harapan kita semua pemimpin pelajar muda seperti anda dapat terus memikirkan apa yang dikira sebagai rasional dan objektif dan tidak mudah dipengarusi oleh sebarang unsur luaran negatif," katanya.

Seminar sehari bertemakan 'Pemimpin Muda Malaysia-Membina Rasa Kebersamaan' itu dianjurkan Jabatan Parlimen bertujuan memasyarakatkan pemimpin pelajar dengan pemahaman mengenai asas negara Malaysia di mana Parlimen merupakan sebuah badan yang mempertahankan demokrasi untuk seluruh rakyat amnya dan negara khususnya.

-- BERNAMA




Itulah apa yang diucapkan oleh Timbalan Perdana Menteri. Sekarang sila perhatikan beberapa isi penting dalam ucapan beliau:

1. dimanipulasi oleh apa yang digambarkannya sebagai kumpulan-kumpulan berkepentingan sendiri

2. berdasarkan agenda terpesong

3. diperdayakan untuk mempercayai satu perjuangan yang tidak lagi berdasarkan kebenaran

4. isu-isu keagamaan, undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, perhubungan kaum, kebebasan bercakap dan hak-hak manusia menjadi perkara yang kuat diperdebatkan dan boleh menjejaskan hubungan antara kaum dan merosakkan keamanan

5. anda tidak sepatutnya membiarkan diri dipergunakan oelh kumpulan-kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini

6. membantu mencari penyelesaian untuk isu-isu relevan dan membantu menggerakkan Malaysia menjadi sebuah negara maju

7. berfikir dengan waras secara objektif dan tidak mudah dipengaruhi oleh elemen-elemen negatif

Kebanyakan anda mungkin tidak sedar tetapi Muhyiddin sebenarnya menghentam PERKASA. Dia sudah tentu tidak menyebut nama PERKASA tetapi sibodoh pun dapat melihat yang sasaran serangan itu ialah kepada PERKASA.

1. dimanipulasi oleh apa yang digambarkannya sebagai kumpulan-kumpulan berkepentingan sendiri - PERKASA

2. berdasarkan agenda terpesong - PERKASA

3. diperdayakan untuk mempercayai satu perjuangan yang tidak lagi berdasarkan kebenaran - PERKASA

4. isu-isu keagamaan, undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, perhubungan kaum, kebebasan bercakap dan hak-hak manusia menjadi perkara yang kuat diperdebatkan dan boleh menjejaskan hubungan antara kaum dan merosakkan keamanan - PERKASA

5. anda tidak sepatutnya membiarkan diri dipergunakan oelh kumpulan-kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini -PERKASA

6. membantu mencari penyelesaian untuk isu-isu relevan dan membantu menggerakkan Malaysia menjadi sebuah negara maju - PERKASA

7. berfikir dengan waras secara objektif dan tidak mudah dipengaruhi oleh elemen-elemen negatif - PERKASA


Pada butiran 4, PERKASA menonjolkan dalam perlumbaan kepada isu-isu keagamaan dan mengatakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sepatutnya bukan sahaja dikekalkan tetapi mesti digunakan untuk menentang mereka yang mempersoal hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan orang Melayu. PERKASA begaduh dengan mereka yang mempersoal hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan orang Melayu dan mendesak negara untuk menganjurkan 13 Mei Version 2. Sepatutnya, mereka ini harus ditahan di bawah ISA.

Muhyiddin ialah seorang yang licik. Dia mengetahui Perdana Menteri Najib Tun Razak secara senyap menyokong PERKASA. Jadi, untuk menghakis Najib, Muhyiddin menghentam PERKASA. Tetapi dia tidaklah melakukannya dengan ketara dan saya pasti anda tidak menyedarinya.

Seperti yang saya kata, sibodoh pun dapat melihat sasaran serangan ini ialah PERKASA. Ataupun saya yang bodoh kerana berfikir sasaran serangan-serangan itu ialah PERKASA? Tetapi jika bukan PERKASA yang melakukan semua ini siapa lagi?



Jana RM4316.80 Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!
thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks