blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Bila Terlalu Awal

Monday, November 15, 2010
Sebab Anwar mencabar Suhaimi, walaupun dia masih terlalu baru di dalam Umno, ini kerana Pemuda Umno, yang diketuai Suhaimi, telah kehilangan sengatnya. Malah, iia langsung kehilangan suara. Ia bukan lagi Pemuda Umno, umpama sebuah parti dalam parti atau sebagai sebuah kumpulan pendesak yang diketahui.












Saya tidak bersetuju dengan tindakan Zaid Ibrahim untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR. Dan sebab saya tidak bersetuju kerana merasakan dia tidak harus merendahkan taraf dirinya dengan melibatkan diri dalam perbalahan politik. Dan itu akan terjadi jika dia bertanding -- yang mana kini telah terbukti betul.

Ramai yang tidak bersetuju apabila Zaid akan mencabar jawatan itu dan beranggapan beliau terlalu baru dalam parti, tidak membuktikan lagi dirinya, tidak terbukti kesetiaannya, mungkin menjadi Trojan Horse, seorang perosak, boleh menyebabkan perpecahan dalam parti itu , dan entah apa lagi.

Saya tidak turut berkongsi sebab-sebab di atas tetapi saya tetap bersetuju yang dia tidak harus bertanding.

Pada 1968, Anwar Ibrahim ialah seorang aktivis pelajar, seorang pemimpin 'Kuasa Ketiga', jika anda mahu. 1971, ABIM telah dibentuk, yang tidak lama kemudian muncul sebagai Third Force yang sangat berkuasa di Malaysia. Anwar, di atas platform ABIM, menjelajah seluruh negara bercakap di dalam ceramah-ceramah anjuran PAS walaupun dia bukan seorang ahli PAS.

Ia seolah sebuah keyakinan bahawa satu hari nanti Anwar akan mengambil alih jawatan presiden PAS -- yang mana juga hajat Presiden PAS, arwah Fadzil Noor (dia secara peribadi memberitahu saya perkara iniketika kami bertemu di Mekah, Arab Saudi, pada 1982).

Tetapi pada yang tahun sama, pada 1982, Anwar mengejutkan ramai pihak dengan menyertai Umno (demi menghalang dia daripada menyertai PAS, sebagaimana yang Tun Dr Mahathir Mohamad akui). Kami kecewa, termasuk Fadzil Noor -- yang 'mengadu' kepada saya sambil menggelengkan kepalanya dan betul-betul terdiam apabila kami membincangkan perkara itu.

Bagaimanapun itu bukanlah perkara yang hendak saya sentuh hari ini. Apa yang saya mahu ceritakan, pada 1982 Anwar menyertai Umno dan pada tahun yang sama dia mencabar Suhaimi Kamaruddin untuk kedudukan Ketua Pemuda Umno.

Dari pembangkang, ke dalam Umno, dan kepada kedudukan Ketua Pemuda Umno, semuanya pada tahun yang sama.

Sesuatu yang anda harus ingat, kedudukan Ketua Pemuda Umno pada masa itu, kedudukan kedua paling berkuasa dalam Umno , malah lebih berkuasa daripada kedudukan jawatan timbalan presiden parti. Pada masa itu, Pemuda Umno merupakan umpama sebuah parti dalam sebuah parti. Ia merupakan sebuah kumpulan pendesak utama untuk Umno. Dan Umno lebih takutkan gerakan Pemudanya berbanding takut kepada pembangkang.

Sebab Anwar mencabar Suhaimi, walaupun dia masih terlalu baru di dalam Umno, ialah kerana Pemuda Umno, yang diketuai Suhaimi, telah kehilangan taringnya. Malah, ia malah telah kehilangan suaranya. Ia bukan lagi Pemuda Umno yang umpana parti dalam sebuah parti atau kumpulan pendesak seperti sebelumnya. Jadi Suhaimi terpaksa pergi dan Anwar akan mengambil alih kepimpinan Pemuda supaya Pemuda Umno mungkin boleh dibaik pulih seperti sebelumnya.

Ramai yang merungut Anwar masih terlalu baru dalam parti itu. Dia sepatutnya menjadi seorang ahli Umno untuk sekurang-kurangnya lima tahun sebelum mengambil mana-mana jawatan parti atau bertanding dalam pilihan raya umum (yang mana dia lakukan pada 1982 dan telah dilantik sebagai menteri Kabinet sebaik memenangi kerusi Permatang Pauh dalam pilihan raya umum itu).

Bapa Anwar menegaskan bahawa Anwar telah menjadi ahli Umno lebih daripada lima tahun. Katanya dia secara rahsia mendaftarkan Anwar sebagai seorang ahli Umno tanpa pengetahuan Anwar semasa masa Anwar berkempen untuk PAS. Ada suara-suara yang mengatakan perkara itu tidak benar dan sebenarnya tarikh keanggotaan Anwar telah diundur tarikh (backdated) bagi memenuhi syarat keanggotaan lima tahun dan menjadikannya layak bertanding.

Bagaimanapun , secara rasmi, Anwar layak bertanding dan dia melakukannya. Tetapi tidak ramai dikalangan Pemuda Umno yang menyokongnya disebabkan oleh latar belakang cenderungnya kepada pembangkang dan kerana beliau terlalu baru dalam parti itu, tidak membuktikan dirinya lagi, tidak terbukti kesetiaannya, mungkin seorang Trojan Horse, seorang perosak, boleh menyebabkan perpecahan dalam parti, dan entah apa lagi (sama seperti yang mereka katakan kepada Zaid hari ini).

Jadi Anwar telah mencari sokongan daripada luar parti. Saya telah menemui Zainol Abdul Rahman, Pengarah Arkib Negara Terengganu (ahli Abim serta pensyarah ex-Yayasan Anda),yang membantu dalam kempen Anwar.

Tetapi kami kesemuanya 'orang-orang luar' (seperti yang Anwar kata minggu lepas). Kami bukan ahli-ahli Umno. Malah, kami ialah penyokong-penyokong kuat PAS (walaupun tiada kad ahli). Bagaimanapun , kami berkempen untuk Anwar dan dia akhirnya memenangi kepimpinan Pemuda Umno. Dan dalam pusingan seterusnya kami melakukan perkara sama apabila Suhaimi mencabar Anwar. Dan dalam pusingan ketiga apabila Syed Hamid Albar cuba untuk memulas kepimpinan Pemuda Umno daripada Anwar kami sekali lagi berkempen untuknya.

Kami berkempen untuk Anwar tiga kali berturut-turut, dan setiap kali itu dia memenanginya, walaupun kebanyakan daripada kami bukan ahli Umno dan hanyalah 'orang-orang luar'.

Isu Anwar terlalu baru dalam parti itu, belum membuktikan lagi dirinya, tidak terbukti kesetiaannya, mungkin Trojan Horse, seorang perosak, boleh menyebabkan perpecahan dalam parti, dan entah apa-apa lagi, tidak menjadi isu lagi. Isu keahlian Anwar adakah cukup lima tahun sebagai ahli Umno atau sebenarnya telah diundur tarikh tidak ditimbulkan.

Suhaimi tidak berkesan dan oleh itu dia sepatutnya digantikan dengan seseorang lebih agresif, ini perkara yang lebih utama.

Jadi saya tidak menyokong semua sebab-sebab mengapa Zaid tidak harus bertanding jawatan kedua paling penting dalam PKR -- walaupun saya bersetuju yang dia tidak harus bertanding, kecuali ada sebab yang lain. Sebab-sebab yang sama Anwar bertanding merebut kedudukan kedua paling penting dalam Umno -- kepimpinan Pemuda Umno.

(Sudah tentu, hari ini, kepimpinan Pemuda Umno tidak sama seperti zaman 1970an dan 1980an apabila 'Singa Umno', Syed Jaafar Albar , dan kemasyhuran Harun Idris 13 Mei memegang jawatan itu).

Tidak, kita tidak boleh ikut kepada peraturan jika ianya bersesuaian untuk kita dan mengubahnya jika tidak lagi sesuai bagi kita. Dan biar saya mengingatkan Anwar yang ianya adalah 'orang-orang luar seperti kami yang membantu permulaan cemerlangnya dalam Umno. Jika diharapkan kepada ahli-ahli Umno, mereka akan menyepaknya keluar kerana Anwar telah dianggap terlalu baru dalam parti itu, belum membuktikan dirinya lagi, tidak terbukti kesetiaannya, mungkin Trojan Horse, seorang perosak, boleh menyebabkan perpecahan dalam parti, dan entah apa-apa lagi.



Terjemahan : About it being too early







Jana RM4316.80 Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!
thanks1
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks