Cuaca semakin cerah di Bandar Lama Gua Musang. Peratusan keluar mengundi di Sek Keb Gua Musang sekitar 20% mengikut maklumat SPR. Mengikut anggaran siapa yang menang di Gua Musang mengikut survey dengan penduduk di sekitar 48% PAS 52% BN.
Kadar peratus yang agak tinggi keluar mengundi memainkan peranan dalam menentukan siapa yang menang dalam PRK N45.

Peraih undi UMNO terpaksa dilindungi daripada asakan-asakan peraih undi PAS. Ada laporan dibuat terhadap isyarat lucah yang ditunjukkan petugas BN/UMNO terhadap petugas PAS.

Peraih undi daripada PAS kelihata lebih ramai daripada peraih undi UMNO.

Warga Cina yang merayu undi untuk PAS.

Keadaan pusat mengundi di SK Gua Musang.

Lagi perayu undi UMNO yang sama ramai dengan pasukan keselamatan.

Antara pimpinan PAS yang hadir ke pusat mengundi YB Khalid Samad daripada Shah Alam.

SPR yang bertugas di pusat mengundi SK Gua Musang. Peratus keluar mengundi sehingga jam 10.30 pagi 26%.

Sambil post lates entry di kedai makan terserempak dengan bekas Menteri Besar Terengganu Idris Jusoh. Tak lama kemudian Anuar Musa datang.
Aku tanya Idris Jusoh "Amacam, boleh menang?"
Idris Jusoh "Insya'Allah...hehe".
Tak sempat tanya Khalid Samad sebab laju sangat dia jalan...
Jana Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!