blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Raja Petra Bebas, Rayuan KDN Batal

Monday, November 1, 2010

PUTRAJAYA: Raja Petra Kamarudin kini bebas selepas Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan rayuan Kementerian Dalam Negeri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan penulis blog itu daripada tahanan dua tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dua tahun lalu.

Keputusan sebulat suara itu dibuat tiga panel hakim dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, yang berpendapat bahawa isu di mana KDN mahu mahkamah menentukan adalah akademik kerana perintah penahanan yang dikeluarkan ke atas Raja Petra telah luput.
Dua lagi panel hakim adalah Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan Datuk Seri Md Raus Sharif.

Pada 7 November, 2008, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan pembebasan Raja Petra daripada tahanan ISA selepas memutuskan bahawa penahanannya selama dua tahun di kem tahanan Kamunting di Taiping adalah menyalahi undang-undang.

Raja Petra ditangkap pada 12 September 2008 kerana dianggap sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara dan perintah untuk menahannya mengikut ISA dikeluarkan pada 22 September 2008.

Raja Petra ditahan berdasarkan antara lain, memiliki dan menjalankan laman web Malaysia-Today dan dengan niat dan menerbitkan artikelnya dan juga komen pembaca Malaysia Today dengan sewenang-wenangnya, yang menghina orang Islam, kesucian Islam dan peribadi Nabi Muhammad SAW.

Beliau memfailkan satu permohonan habeas corpus menuntut pembebasannya. Dalam permohonannya, dia menamakan Menteri Dalam Negeri sebagai responden. Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah, memaklumkan panel bahawa ia merupakan pendiriannya untuk tidak menarik balik rayuan itu walaupun perintah tahanan itu telah luput.

Beliau juga berkata, pendakwaan tidak dapat menyerahkan notis rayuan kepada Raja Petra yang tidak hadir ke mahkamah hari ini. Dia dipercayai berada di luar negara.

Bagaimanapun, katanya, beliau sedar bahawa Raja Petra mesti hadir dalam prosiding rayuan mengikut Seksyen 314 Kanun Prosedur Jenayah.

Katanya, beliau menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan kerana beliau berpendapat beliau dapat meneruskan rayuan mengikut keadaan.

Peguam bela Raja Petra, Malik Imtiaz Sarwar, memohon mahkamah untuk membatalkan rayuan berdasarkan bahawa rayuan itu telah menjadi akademik kerana perintah menteri untuk menahan anak guamnya selama dua tahun telahpun tamat.

Sumber : BERNAMA




Jana RM4316.80 Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!
thanks1
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks