blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Misteri Kehilangan Laporan Pemeriksaan Awal Saiful

Friday, October 29, 2010









Pada 2008, polis telah menyerbu rumah saya untuk mencari laporan perubatan PUSRAWI, yang diterbitkan Malaysia Today dan mendedahkan kesilapan dakwaan Saiful Bukhari Azlan telah diliwat Anwar Ibrahim. Saya juga telah disoal siasat berhubung laporan itu. Selepas dua tahun laporan perubatan itu sekarang sepertimana dikatakan oleh pihak pendakwaan ia telah disytiharkan hilang dan tidak sedar terhadap laporan itu. Baiklah, mungkin kami boleh menerbitkannya semula khas untuk pihak pendakwaan.

Raja Petra Kamarudin



Ketua pembangkang Anwar Ibrahim telah menuduh bahawa pendakwaan dalam kes liwatnya telah berbohong mengenai kewujudan satu laporan awal selepas ketiga-tiga doktor telah memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketua pendakwaraya Datuk Yusof Zainal Abiden berkata beliau tidak tahu menahu mengenai laporan pemeriksaan awal terhadap Saiful.

Bagaimanapun , testimoni Dr Mohd Razali Ibrahim hari ini menunjukkan terdapat satu laporan pemeriksaa awal, yang telah dibuat sebelum 13 Julai laporan penuh yang mana telah ditender sebagai bukti.

“Ini menunjukkan pendakwaan telah berbohong dan menyokong hujah kami supaya ia sepatutnya telah diberikan kepada kami sebelum perbicaraan. Kami meminta menggugurkan dakwaan dan tidak mengadakan perbicaraan tetapi kelihatannya mereka (pendakwaan) beria-ia mahukannya,” katanya. -- Malaysiakini


***********************************


Sesi soal balas pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim diteruskan lagi hari ini selepas pasukan pembela gagal mendapatkan nota-nota klinikal asal, sebaliknya diberi laporan perubatan pada 10 Julai, 2008.

Peguam Karpal Singh meneruskan pembelaan dalam usaha-usaha untuk mengakses nota-nota perubatan dengan menyuruh Dr Razali merujuk kepada laporan perubatan itu ketika menjawab soalan semasa soal balasnya selepas gagal melakukannya semalam.

Karpal hanya boleh mengakses maklumat di dalam laporan jika seorang daripada saksi pendakwaan merujuk kepadanya, berikutan itu Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah mengarahkan semalam untuk menolak permohonan pembelaan untuk melihat dokumen-dokumen tersebut.

Nota-nota mengandungi butiran pemeriksaan selama tiga jam itu dilakukan oleh Dr Razali dan dua orang doktor lain - ahli patologi klinikal Dr Siew Sheue Feng dan pakar bedah Dr Khairul Nizam Hassan. -- Malaysiakini



http://2.bp.blogspot.com/_e6yqD3noOkA/TMmYsYQx1_I/AAAAAAAAFb8/M8i6Lh5aPwg/s1600/2.jpg

http://2.bp.blogspot.com/_e6yqD3noOkA/TMmYart87wI/AAAAAAAAFb0/EBF_uxzicpY/s1600/3.jpg

http://2.bp.blogspot.com/_e6yqD3noOkA/TMmYaRoF_RI/AAAAAAAAFbs/5lFfnQ1ADow/s1600/4.jpg

http://4.bp.blogspot.com/_e6yqD3noOkA/TMmYaLT0ptI/AAAAAAAAFbk/DxkolPN85wU/s1600/5.jpg


http://3.bp.blogspot.com/_e6yqD3noOkA/TMmYZbYClkI/AAAAAAAAFbU/C4CRs4__kkA/s1600/7.jpg




Jana RM4316.80 Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!
thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks