blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Sekitar Penamaan Calon PRK Galas

Tuesday, October 26, 2010
GUA MUSANG, 26 Okt -- PETUGAS PAS melakukan Sembahyang Hajat sempena Pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Masjid Sekolah Menengah Muhammadi.


PASUKAN Simpanan Persekutuan (FRU) memastikan keselamatan awam, di pusat penamaan calon, di Pejabat Tanah Jajahan, Gua Musang, Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.


Khemah PAS mula dipenuhi barisan pemimpin dan penyokong.


Mursyidul Am Pas Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat (kiri) berbual dengan Pengerusi DAP Lim Kit siang semasa proses penamaan calon pilihan raya kecil Galas di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini, hari ini.

CALON Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff bersama calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad mengangkat tangan selepas diumumkan layak bertanding pada hari penamaan calon Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Pejabat Tanah Jajahan, Gua Musang, sebentar tadi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed menjulang tangan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas Abdul Aziz Yusoff, 49, bersama calon PAS Dr Zulkefli Mohamed,44, serta Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang selepas selesai Penaman calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini, hari ini.


Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berbual dengan Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub bertukar pendapat semasa proses penamaan calon pilihan raya kecil Galas di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini, hari ini.


SAYA PULANGKAN KEPADA PENGUNDI ... Calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas daripada parti PAS Dr Zulkefli Mohamad, 44, menjawab soalan media selepas selesai penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini, hari ini.
Memerhatikan sama Timbalan Presiden Pas Nasuruddin Mat Isa (duduk dua kiri).

Pilihanraya kecil DUN Galas 4 Nov ini yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan PAS diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima, 27 Sept lepas akibat barah usus. Sulaima, 27 Sept lepas akibat barah usus.


Sumber : Bernama,Bharian


Jana RM4316.80 Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!
thanks1
Read Full 0 comments

Zahid Tidak Lulus Sejarah Kah?

Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO menceritakan tentang 6 orang 'ABU' di dalam UMNO. Pada masa yang sama, dia turut mengaitkan UMNO, kekuatan UMNO dan Melayu dengan sejarah penaklukan serta kejatuhan Melaka.

Sesuatu yang menarik apabila Zahid dalam ucapannya menceritakan bagaimana Kerajaan Melaka pada waktu itu ketinggalan dalam serba-serbi, bersenjatakan hanya keris, parang, kapak dan tombak berbanding Portugis yang menggunakan senjata api. Sekaligus menyebabkan Melaka kalah kepada Portugis.

Zahid sebenarnya PERLU MENGAMBIL SEMULA MATAPELAJARAN SEJARAH...

Menurut Relazione del primo viaggio intorno al-mondo (Report on the first voyage around the world) karangan Antonio Pigafetta, kekuatan Melaka pada waktu itu adalah 20,000 orang tentera yang terdiri daripada tentera tempatan selain tentera upahan dari Jawa, Parsi dan beberapa negeri Islam yang lain.


Kelengkapan senjata Melaka adalah 3,000 artileri (meriam) dan 20 gajah perang serta senjata api seperti istinggar (senapang kuno yang berasal dari Turki) serta meriam-meriam kecil.

Manakala menurut Malacca History karangan Haji Buyong Adil yang memetik daripada Sejarah Melayu, kelengkapan pertahanan Melaka juga tidaklah sekuno seperti yang digambarkan oleh Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, kekalahan sebenar Melaka bermula apabila Alburquerque mendapat bantuan daripada lima buah jong Cina dan beberapa buah kapal dagang India. Anak-anak kapal daripada kelima-lima buah jong yang berlabuh di Pelabuhan Melaka itulah yang memberikan maklumat penting tentang Melaka kepada penjarah-penjarah Portugis itu. Mereka yang memberitahu kepada Portugis tentang jumlah anggota tentera Melaka dan persenjataannya. Malahan mereka juga yang memecahkan rahsia tentang bekalan makanan yang sangat besar dari Jawa yang tersimpan di tengah-tengah kota Melaka.

Cina-Cina tersebut mempersoalkan kekuatan Portugis untuk berhadapan dengan tentera-tentera Melaka dan mengalahkan negeri Melayu itu kecuali dengan menyekat bekalan makanan yang datangnya dari Jawa daripada sampai ke Melaka.

Alburquerque kemudiannya meminjam beberapa buah jong besar daripada angkatan dagang China dan memberikan sebuah galleon besar serta tinggi kepada mereka sebagai tempat menonton aksi pertempuran antara Portugis dan Melaka.

Itu sejarahnya yang tercatat....

Barangkali Zahid Hamidi 'segan' hendak berterus-terang tentang sejarah penaklukan Melaka kerana ia membabitkan pengkhianatan pedagang-pedagang Cina dan India yang sebenarnya diberikan tempat serta kedudukan yang tinggi di dalam Kerajaan Melayu Melaka, terutama bermula dari zaman Sultan Mansur Syah.

Begitu juga dengan kerapuhan pertahanan darat Melaka apabila para penyokong Mundeliar yang tidak berpuas hati kerana Mundeliar dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Syah, membuka pintu kota sekaligus memudahkan pasukan Portugis yang mendarat di dua tempat menawan bahagian selatan dan utara Melaka dengan agak mudah sebelum menawan Jambatan Melaka yang terletak di tengah-tengah Kota Melaka, iaitu di kaki Bukit Melaka pada 25 Julai 1511.

Tidak sahaja pengkhianatan Mundeliar, saudagar dari India yang diberikan pangkat sebagai Syahbandar Pelabuhan Melaka, Melaka turut menerima pengkhianatan Nina Katu, sekutu kuat Mundeliar. Nina Katu bagaimanapun, dibunuh oleh Alburquerque selepas Melaka berjaya ditawan oleh Portugis.

Zahid mungkin seorang Melayu jati. Melayu jati maknanya, Melayu yang akan menjadi sangat rendah diri dan sentiasa menganggap orang lain jauh lebih baik berbanding mereka. Melayu jati juga bermaksud, golongan yang sanggup menerima kefahaman bangsa lain di dalam menanggapi bangsa Melayu...

Itulah sebabnya, sejarah Melaka pun, Zahid tidak tahu walaupun dia adalah seorang Menteri Pertahanan dan Naib Presiden UMNO. Kebimbangan dimarahi oleh Cina dan India kerana kejatuhan Melaka adalah disebabkan oleh puak-puak imigran itu, mungkin menyebabkan Zahid menjadi SYAITAN BISU yang hanya menyalahkan Sultan dan Ketua Bangsanya sendiri!!!!
Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO menceritakan tentang 6 orang 'ABU' di dalam UMNO. Pada masa yang sama, dia turut mengaitkan UMNO, kekuatan UMNO dan Melayu dengan sejarah penaklukan serta kejatuhan Melaka.

Sesuatu yang menarik apabila Zahid dalam ucapannya menceritakan bagaimana Kerajaan Melaka pada waktu itu ketinggalan dalam serba-serbi, bersenjatakan hanya keris, parang, kapak dan tombak berbanding Portugis yang menggunakan senjata api. Sekaligus menyebabkan Melaka kalah kepada Portugis.

Zahid sebenarnya PERLU MENGAMBIL SEMULA MATAPELAJARAN SEJARAH...

Menurut Relazione del primo viaggio intorno al-mondo (Report on the first voyage around the world) karangan Antonio Pigafetta, kekuatan Melaka pada waktu itu adalah 20,000 orang tentera yang terdiri daripada tentera tempatan selain tentera upahan dari Jawa, Parsi dan beberapa negeri Islam yang lain. Kelengkapan senjata Melaka adalah 3,000 artileri (meriam) dan 20 gajah perang serta senjata api seperti istinggar (senapang kuno yang berasal dari Turki) serta meriam-meriam kecil.

Manakala menurut Malacca HistorySejarah Melayu, kelengkapan pertahanan Melaka juga tidaklah sekuno seperti yang digambarkan oleh Zahid Hamidi. karangan Haji Buyong Adil yang memetik daripada

Bagaimanapun, kekalahan sebenar Melaka bermula apabila Alburquerque mendapat bantuan daripada lima buah jong Cina dan beberapa buah kapal dagang India. Anak-anak kapal daripada kelima-lima buah jong yang berlabuh di Pelabuhan Melaka itulah yang memberikan maklumat penting tentang Melaka kepada penjarah-penjarah Portugis itu. Mereka yang memberitahu kepada Portugis tentang jumlah anggota tentera Melaka dan persenjataannya. Malahan mereka juga yang memecahkan rahsia tentang bekalan makanan yang sangat besar dari Jawa yang tersimpan di tengah-tengah kota Melaka.

Cina-Cina tersebut mempersoalkan kekuatan Portugis untuk berhadapan dengan tentera-tentera Melaka dan mengalahkan negeri Melayu itu kecuali dengan menyekat bekalan makanan yang datangnya dari Jawa daripada sampai ke Melaka.

Alburquerque kemudiannya meminjam beberapa buah jong besar daripada angkatan dagang China dan memberikan sebuah galleon besar serta tinggi kepada mereka sebagai tempat menonton aksi pertempuran antara Portugis dan Melaka.

Itu sejarahnya yang tercatat....

Barangkali Zahid Hamidi 'segan' hendak berterus-terang tentang sejarah penaklukan Melaka kerana ia membabitkan pengkhianatan pedagang-pedagang Cina dan India yang sebenarnya diberikan tempat serta kedudukan yang tinggi di dalam Kerajaan Melayu Melaka, terutama bermula dari zaman Sultan Mansur Syah.

Begitu juga dengan kerapuhan pertahanan darat Melaka apabila para penyokong Mundeliar yang tidak berpuas hati kerana Mundeliar dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Syah, membuka pintu kota sekaligus memudahkan pasukan Portugis yang mendarat di dua tempat menawan bahagian selatan dan utara Melaka dengan agak mudah sebelum menawan Jambatan Melaka yang terletak di tengah-tengah Kota Melaka, iaitu di kaki Bukit Melaka pada 25 Julai 1511.

Tidak sahaja pengkhianatan Mundeliar, saudagar dari India yang diberikan pangkat sebagai Syahbandar Pelabuhan Melaka, Melaka turut menerima pengkhianatan Nina Katu, sekutu kuat Mundeliar. Nina Katu bagaimanapun, dibunuh oleh Alburquerque selepas Melaka berjaya ditawan oleh Portugis.Zahid mungkin seorang Melayu jati. Melayu jati maknanya, Melayu yang akan menjadi sangat rendah diri dan sentiasa menganggap orang lain jauh lebih baik berbanding mereka. Melayu jati juga bermaksud, golongan yang sanggup menerima kefahaman bangsa lain di dalam menanggapi bangsa Melayu...

Itulah sebabnya, sejarah Melaka pun, Zahid tidak tahu walaupun dia adalah seorang Menteri Pertahanan dan Naib Presiden UMNO. Kebimbangan dimarahi oleh Cina dan India kerana kejatuhan Melaka adalah disebabkan oleh puak-puak imigran itu, mungkin menyebabkan Zahid menjadi SYAITAN BISU yang hanya menyalahkan Sultan dan Ketua Bangsanya sendiri!!!!

Sumber : http://theflyingkick.blogspot.com/


Jana RM4316.80 Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!
thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks