Pada perancangan awalnya,
Dare To Document 2010 Freedom Film Fest akan diadakan di Hotel Street View bermula jam 3.00ptg hingga jam 6.00 ptg. Program dibawah anjuran KOMAS dan Solidariti Anak Muda bagaimanapun terpaksa menempuh pelbagai halangan dan dugaan sama ada dari segi masa dan kewangan di atas tekanan pihak-pihak atasan.
Berikut adalah kronologi bagaimana Program Freedom Film Fest 2010 di Muar kena sabotaj daripada Saudara Sidiqin Omar dan saya.
7.30 pagi : Hotel Street View telah menghubungi Sidiqin dan dimaklumkan semuanya berjalan baik seperti yang dirancangkan.
2.00 ptg : Sebaik KOMAS dan SMM tiba di lokasi, seluruh blok di Jalan Ali, Muar tiada elektrik. Sehinggakan lampu isyarat turut tidak berfungsi.
2.15 ptg : Pihak KOMAS menghubungi TNB, mereka memberi respon bahawa segala kerosakan hanya akan dibaiki jam 6 petang (sama waktu tamatnya program ini). Dalam masa yang sama, 3 orang polis kelihatan mundar-mandir di sekitar hotel. Pihak hotel memaklumkan Generator tidak mampu menampung penggunaan elektrik untuk Conference Room di Hotel. Ini memaksa KOMAS dan SMM berpindah ke lokasi baru dalam jarak 2km. Kesannya 50% pengunjung telah hilang.
3.30 ptg : Saya tiba ke Hotel Street View lewat 30 minit dan tidak mengetahui bahawa lokasi program sudah dipindahkan. Bila tiba di pintu Hotel baru nampak notis program ini dipindahkan ke Hotel Riverview. Dan yang hairannya, semasa saya dalam perjalanan ke Hotel Streetview semua lalu lintas telah pulih dan lampu isyarat berfungsi seperti tiada tanpa sebarang masalah.
Bila saya maklumkan perkara ini kepada Sidiqin sebaik tiba ke Hotel Riverview membuatkannya semakin yakin bahawa ini semua adalah angkara SABOTAJ TNB MUAR!.
Jasmine Conference Room, Hotel Riverview tempat berlangsungnya program ini.
Sdr Sidiqin Omar & Maisarah orang kuat sepanjang program ini.
5.00 ptg : Walaupun sekitar 20 hadirin yang hadir. Namun program ini dianggap berjaya selepas segala susah payah dan dugaan daripada karenah pihak berkenaan. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program seperti ini di Muar. Tidak lupa kepada Wan Ampang kerana belanja Asam Pedas di Parit Jawa.
Bersama Sidiqin daripada KOMAS/SK (kiri), aku dan Anwar Ketua AMK Muar (kanan) sebaik habis program dan siap sedia untuk makan Asam Pedas di Parit Jawa.Bak kata Diqin:
"Siapa yang ada authority dan fasih dengan DIAGRAM POWER SUPPLY di dalam sesebuah daerah? Sudah tentu Jurutera TNB. Nasib baik masih dapat Crowd dalam 20 orang. Pula tu, sewa 2 jam, charge 3 jam punya harga! Celaka!Walaupun Wan Ampang belanja Asam Pedas Ikan Jenahak kat Parit Jawa, ia masih tak dapat meredakan panas hati. Ni yang nak jadi macam Dean dalam "Enemy Of The State" nih!"
Jana Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!