
GUA MUSANG, 22 Okt -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (dua, kiri) bersama mengangkat tangan calon PAS Dr Zulkefli Mohamed, 44, (tengah) yang dinamakan sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas pengumuman itu dibuat di sini, malam tadi.
Turut mengangkat tangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (dua, kanan), Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa (kiri) dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) .

Dr Zulkefli Mohamed, 44, dinamakan sebagai calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini, malam tadi.
Sumber : Bernama
Jana Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!