blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Rundingan PKR-SAPP gagal, pertandingan 3 penjuru?

Thursday, October 21, 2010
Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee (kiri) bersalaman dengan Bendahari Agung Parti KeAdilan Rakyat (PKR) William Leong Jee Keen (tengah) selepas mengadakan pertemuan bagi membincangkan pilihan raya Parlimen Batu Sapi yang akan datang di salah sebuah restoran, dekat sini,hari ini.Memerhatikan ialah Timbalan Pengerusi PKR Sabah Christina Liew (kanan).

Pilihan raya kecil Batu Sapi dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PKR dan SAPP apabila usaha mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua parti pembangkang itu menemui jalan buntu.

Di sebalik usaha supaya kerusi Batu Sapi ditandingi satu lawan satu, kedua-dua PKR dan SAPP berdegil mahukan calon masing-masing diketengahkan.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak berkempen menentang satu sama lain dan menjadikan BN sebagai sasaran bersama dengan harapan pilihan raya kecil itu boleh dijadikan “sumber rujukan” oleh mereka apabila mengadakan rundingan pada masa akan datang.

SAPP akan mengumumkan calonnya Sabtu ini, manakala Leong sekadar berkata PKR akan mengumumkan calonnya “sedikit masa lagi”.

BN akan mengumumkan calonnya daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) Ahad ini.

Mesyuarat peringkat tertinggi lebih sejam hari ini diadakan oleh kedua-dua parti itu dengan bendahari PKR mewakili Pakatan Rakyat manakala SAPP pula diketuai oleh presidennya, Datuk Yong Teck Lee.

Bercakap kepada wartawan pada sidang media selepas mesyuarat itu, kedua-dua pemimpin berkenaan mengakui tiada kata sepakat yang dicapai mengenai Batu Sapi.

Namun, mereka tidak menolak kemungkinan kerjasama pada pilihan raya umum akan datang.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan penamaan calon pada Selasa ini manakala pengundian adalah pada 4 November ini.

Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu.

Mendiang menduduki kerusi berkenaan sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau dicabar oleh calon Bebas, Chung Kwong Wing tetapi berjaya mengekalkan kerusinya dengan mudah dengan majoriti 3,708 undi.

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.

Jana RM4316.80 Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!
thanks1
Read Full 0 comments

Nurul Izzah Ulas Ucapan Najib Di Persidangan UMNO

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO telah membuat beberapa kenyataan sempena Perhimpunan Agong UMNO 2010 pada hari ini. Kenyataan beliau yang paling penting pada hemat saya adalah pengakuan bahawa hak Melayu sudah ‘terkunci kemas’ didalam Perlembagaan dimana seandainya mana-mana pihak mempunyai majoriti dua-pertiga dalam Parlimen pun tidak mampu mengubah hak Melayu tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat pula memegang kunci tersebut untuk membuka ruang-ruang baru yang akan mensejahterakan semua rakyat dan mendemokrasikan negara yang berbilang kaum ini. Kunci ini juga mesti membuka kontrak politik baru dimana undang-undang anti-demokratik seperti ISA, AUKU, PPPA dan sebagainya mestilah dihapuskan segera.

Kunci ini juga menentukan bahawa undang-undang anti-demokratik ini tidak lagi diperlukan kerana hak Melayu telah dikunci kemas melainkan undang-undang anti-demokratik bukan sahaja untuk mengunci tetapi merantai rakyat untuk kepentingan UMNO sahaja.

Kunci ini juga mendedahkan fitnah politik UMNO yang mengatakan bahawa UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO tidak benar sama sekali kerana kunci ini terletak di tangan Raja-Raja Melayu yang sebenarnya adalah Raja-Raja semua rakyat Malaysia.

Fitnah politik UMNO ini hanya digunakan untuk menguntungkan golongon UMNO yang kecil dan memiskinkan rakyat jelata yang ramai seperti yang didedahkan oleh Ketua Pemuda UMNO sendiri dimana setelah 53 tahun Merdeka, 60% orang Melayu luar bandar masih dilanda kemiskinan.

Dengan itu saranan Presiden UMNO untuk terus mempertahankan Putrajaya sebaliknya menjadi panggilan keramat untuk rakyat membebaskan Putrajaya daripada UMNO. Sudahlah dan cukuplah kerana tiba masanya semua Raja and rakyat memegang kunci ini dan bukan UMNO yang menjadi pemfitnah dan hipokrit perjuangan bangsa.

Jana RM4316.80 Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!
thanks1
Read Full 3 comments

Bung Mokhtar Sudah Berani Tayang Bini Muda

KUALA LUMPUR, 21 Okt -- Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Moktar Radin dan isteri Zizie Izette Abdul Samad turut hadir sempena Perhimpunan Agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Seramai 4,907 perwakilan menghadiri Perhimpunan Agung Umno kali ini iaitu Wanita (793), Pemuda (795), Puteri (776) dan Perhimpunan Agung (2,543).

Sumber : Bernama




Jana RM4316.80 Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!
thanks1
Read Full 0 comments

Tunang Hilang Jumpa Di 7Eleven

KUANTAN, 20 Okt --Rozaliya Mat Lazim, 20, mencium tangan bapanya Mat Lazim Mat Ismail, 52, memohon kemaafan selepas menghilangkan diri selama lapan hari pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dekat sini, malam ini.


http://1.bp.blogspot.com/_e6yqD3noOkA/TL9zEFgvcBI/AAAAAAAAFW8/NUtcRd9v5V4/s1600/34.png

TERMENUNG PANJANG ... Remaja yang hilang Rozaliya Mat Lazim, 20, begitu sugul semasa ditemui selepas menghilangkan diri selama lapan hari pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuanatan dekat sini, malam ini.

Rozaliya yang akan melangsungkan perkahwinan pada 12 Nov ini ditemui di Bukit Bintang Kuala Lumpur ketika sedang bekerja di Kedai Serbaneka 7 Eleven selepas ada seorang individu menghubungi Polis Kuala Lumpur dan memaklumkan kepada Polis Pahang.


Sumber : Bernama


Jana RM4316.80 Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!
thanks1
Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks