blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

"Sokong kami, kami akan sokong anda" : Orang Asli beritahu Anwar

Tuesday, October 19, 2010
Oleh : Staff FMT

KUALA LUMPUR: Sekumpulan pemimpin-pemimpin Orang Asli hari ini menyeru Pemimpin Pembangkang Anwar Ibrahim untuk menjayakan kes pengiktirafan mereka di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai balasan, para pemimpin komuniti mereka berjanji akan menyebelahi supremo PKR dalam perjalanan ke Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Jurucakap kumpulan itu Simpang Suda berkata Perkara 153 daripada Perlembagaan Persekutuan kini hanya mengiktiraf orang Melayu dan kaum asli sahaja di Sabah dan Sarawak.

"Kami kaum asli dan kami telah berada di Semenanjung ini sebelum yang lain... kami mahu hak-hak kita di dalam perlembagaan," katanya.

"Jika Anwar memperjuangkan hak golongan kami di dalam perlembagaan, kami akan memastikan dia mendapat sokongan komuniti kami," tambah Simpang yang mempengerusikan jawatankuasa bertindak tanah Orang Asli di Selangor.
Disekat memasuki Parlimen

Terdahulu, Simpang dan 27 ketua-ketua jawatankuasa telah dilarang daripada memasuki Parlimen oleh pihak polis walaupun Ahli Parlimen PKR Teluk Kemang MP Kamarul Baharin Abbas telah memohon kebenaran bagi pihak mereka.

Pegawai khas kepada Kamarul, Muhammad Faizal Zakaria berkata dia amat kecewa dengan tindakan polis itu.

Katanya delegasi sepatutnya dibenarkan masuk kerana mereka adalah warganegara Malaysia mempunyai hak dalam perlembagaan untuk duduk semasa menunggu prosiding.

"Tambahan pula, Kamarul sendiri telah memohon kebenaran untuk para pemimpin orang asli itu sejak minggu lepas. Saya tidak faham mengapa mereka dihalang masuk," dia menambah.

Difahami para pemimpin orang asli mahu menyerahkan satu memorandum yang menyenarai tuntutan-tuntutan mereka untuk pengiktirafan.

Senarai teratas permintaan mereka ialah memasukkan terma "Orang Asli" di dalam Perkara 153.

Harakahdaily, yang menerima satu salinan memorandum, menyatakan antara lain di dalam memorandum itu adalah:

1. Permintaan 10 ekar tanah pertanian dengan taraf pemilikan kekal untuk setiap Orang Asli. Satu perempat ekar untuk perumahan dan satu lagi ekar tanah untuk sebuah dusun peribadi seperti yang diberikan kepada peneroka-peneroka Felda.

2. Mewartakan tanah komunal oleh kerajaan-kerajaan negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Pahang seperti dinyatakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara.

3.Mewartakan tanah Orang Asli di bawah Akta Orang Asli 1954 termasuk kebebasan tidak terhad mendapatkan keperluan mereka dalam tanah komunal yang mana telah diwartakan.

4.Orang Asli nomadik dan separa nomad diberi hak tidak terhad untuk mendapatkan makanan dan menikmati pendidikan vokasional.

5. Satu kajian semula peranan dan fungsi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang gagal untuk melindungi hak-hak Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan membantu dalam pembangunan komuniti.

(Memorandum menyentuh hanya 10-15% daripada jawatan-jawatan dalam JHEOA telah dipegang oleh Orang Asli sedangkan tuntutan-tuntutan asal mereka telah menyatakan 80% daripada kakitangan sepatutnya daripada Orang Asli.)

6. Perisytiharan sehari cuti umum untuk World Indigenous Peoples and Natives Day pada 8 Ogos.


Jana RM4316.80 Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!
thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks