PAS berbahaya, menurut UMNO dan MCA. Mereka merupakan satu ancaman kepada negara. Mereka pelampau. Mereka tidak menghormati bukan Islam. Tetapi hari ini, ketika ahli PAS memberikan penghormatan kepada seorang ahli Parlimen bukan Islam yang meninggal dunia, pemimpin Ketuanan Melayu, Ibrahim Ali, pula menunjukkan penghinaan. Raja Petra KamarudinBukan di England sahaja yang mempunyai gerakan pelampau Islam anti, tetapi juga di Malaysia. Di England ia dipanggil EDL, di Malaysia pula dipanggil MCA. Dan MCA telah menegaskan bahawa ia akan terus bersama Barisan Nasional dan bercakap dengan satu suara.
MCA kata ia menyokong Barsian Nasional. Jadi ia bererti Barisan Nasional juga akan menyokong MCA jika tidak MCA tidak akan menyokong Barisan Nasional. Adakah ini juga bermakna Barisan Nasional menyokong pendirian anti Islam MCA? Dan bukankan UMNO adalah kepala Barisan Nasional? Dan adakah ini bermakna UMNO juga menyokong pendirian anti Islam MCA?
Kedua-dua parti iaitu UMNO dan MCA telah menegur masyarakt Cina untuk tidak menyokong Pakatan Rakyat. Jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum PAS akan memerintah. Dan ini bermakna Malaysia akan memperkenalkan Syariah, hulum-hukum Hudud adalah salah satu daripada hukum-hukum Syariah.
PAS memang sebuah parti yang dapat menggerakkan gunung-ganang. PAS bertanding hanya satu pertiga daripada kerusi Parlimen tetapi mampu memenangi lebih daripada dua pertiga daripada kerusi-kerusi itu. Mungkin ini kerana Tuhan berada dipihak PAS dan sesiapa yang ada Tuhan di sebelahnya dapat melakukan keajaiban. Jadi PAS, yang bertanding hanya satu pertiga daripada kerusi-kerusi di Parlimen, mampu memenangi lebih daripada dua pertiga daripada kerusi-kerusi dengan pertolongan Tuhan.
Ini yang terjadi atau tidak? PAS tidak boleh meminda Perlembagaan untuk menukar Malaysia daripada sebuah negara sekular kepada sebuah negara teologis melainkan ia mempunyai sekurang-kurangnya dua pertiga daripada kerusi-kerusi di Parlimen. Memandangkan ia hanya bertanding satu pertiga daripada kerusi-kerusi dan masih mampu meminda Perlembagaan ini bererti yang ia telah menguasai dua pertiga daripada kerusi-kerusi di Parlimen. Sedangkan ia bertanding hanya satu pertiga daripada kerusi-kerusi tetapi mendapat sokongan dua pertiga daripada kerusi-kerusi di Parlimen ini adalah keajaiban dan ini bermakna Tuhan telah membantunya di sini.
Hari ini, di Parlimen, mereka memberi seminit untuk bertafakur buat mendiang Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah, yang meninggal dunia dalam satu kemalangan yang melibatkan motosikal. Walaupun dia bukan seorang Islam, semua ahli Parlimen PAS turut menghormatinya dengan berdiri dan senyap selama seminit. Ahli Parlimen PERKASA, Ibrahim Ali , bagaimanapun, tidak berdiri. Dia malahan duduk dan terus bercakap dengan kuat dai telefon bimbitnya.
PAS berbahaya, menurut UMNO dan MCA. Mereka merupakan satu ancaman kepada negara. Mereka pelampau. Mereka tidak menghormati bukan Islam. Tetapi hari ini, ketika ahli PAS memberikan penghormatan kepada seorang ahli Parlimen bukan Islam yang meninggal dunia, pemimpin Ketuanan Melayu, Ibrahim Ali, pula menunjukkan penghinaan.
Adakah MCA membantah? Adakah UMNO membantah? ahli Parlimen PAS melakukannya. Ahli-ahli Parlimen PAS amat terkejut dengan sikap biadab beliau kepada bukan Islam yang ditunjukkan oleh ahli Parlimen juara hak orang Melayu ini.
Apa perlunya Ibrahim Ali, juara hak-hak orang Melayu ini bangun dan menunjukkan rasa hormat dengan berdiri dan bertafakur selama seminit untuk seorang ahli Parlimen bukan Melayu ataupun Islam?
Dalam masa yang sama mereka memberitahu kita pula agar berhati-hati terhadap PAS kerana jika mereka bertanding satu pertiga daripada kerusi-kerusi di Parlimen ia pasti akan menang lebih daripada dua pertiga daripada kerusi-kerusi itu dan Malaysia akan memotong semua tangan orang Cina dan orang India. Saya andaikan disini mereka cuba untuk berkata semua orang Cina dan orang India adalah pencuri dan perompak dan itulah sebabnya tangan mereka akan dipotong.
Sebenarnya, dalam mustahil untuk Malaysia melaksanakan Hudud, yang akan mengakibatkan tangan pencuri dan perompak dipotong, kerana ia akan menyebabkan orang UMNO menderita dengan hukuman ini bersama dengan kroni-kroni mereka dalam MCA dan MIC yang menyamun negara ini.
Hey, mungkin Hudud bukannya sesuatu perkara yang teruk sangat.
Terjemahan artikel : The miracle that PAS will perform with God’s helpJana Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!