blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Sekitar Pernikahan Sheikh Muszaphar

Sunday, October 10, 2010


PUTRAJAYA, 10 Okt -- Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ketika melafazkan akad nikah di hadapan bapa Dr Halina, Lt Kol (B) Mohd Yunos Mohd Ali di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.


Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor menyerahkan cek hantaran kepada isterinya, Dr Halina Mohd Yunos pada majlis akad nikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.


Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor menyarungkan cincin ke jari isterinya, Dr Halina Mohd Yunos pada majlis akad nikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.


Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor mencium dahi isterinya, Dr Halina Mohd Yunos pada majlis akad nikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.


Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor bersama isterinya, Dr Halina Mohd Yunos selepas berlangsungnya majlis akad nikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Acara akad nikah dilakukan sendiri oleh bapa Dr Halina, Lt Kol (B) Mohd Yunos Mohd Ali, disaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali.

Sumber : Bernama



Jana RM4316.80 Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!
thanks1
Read Full 0 comments

UMNO-BN BAKAL TERSUNGKUR DI TANAH KELAHIRANNYA



KENYATAAN MEDIA
oleh Ahmad Anwar Asyraf
SERANGAN KE ATAS MAJLIS JAMUAN HARI RAYA KEADILAN JOHOR - BUKTI UMNO-BN BAKAL TERSUNGKUR DI TANAH KELAHIRANNYA

Angkatan Muda Keadilan Johor (AMKJ) mengecam keras tindakan polis yang melakukan intimidasi melampau ke atas program Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor di Kg. Air Manis, Kulaijaya pada hari Jumaat, 8 Oktober 2010.

Majlis jamuan yang sepatutnya disambut dengan gembira dan penuh semangat perpaduan telah bertukar menjadi medan provokasi pihak Polis apabila mereka merempuh masuk ke dalam premis persendirian dan program yang telah dianjurkan.

Majlis turut dicemari oleh insiden mematahkan mikrofon, merampas "banner" dan peralatan audio oleh pihak Polis.

Tindakan kali kedua pihak Polis menggangu program Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor di Kulaijaya semakin mengesahkan telahan umum kemungkinan pasukan Polis Johor telah dijadikan alat tunggangan pemimpin UMNO-BN Johor.

Tindakan tidak professional dan beretika ini amat mendukacitakan dan semakin memberikan persepsi buruk terhadap pasukan PDRM sendiri.

AMKJ menyelar keras tindakan menghalang mana - mana individu atau parti politik yang berdaftar untuk mengadakan majlis Sambutan Perayaan selaras dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan - Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

Malahan juga Seksyen 27, Akta Polis turut tidak terpakai dalam perkara ini. Majlis yang diadakan merupakan majlis persendirian di premis persendirian dan tetamu yang hadir adalah melalui jemputan (by invitation).

AMKJ melihat tindakan ini sebagai satu lagi siri ketakutan dan kegagalan UMNO-BN Johor. Melihat kebangkitan rakyat melaksanakan pembaharuan dan menyokong agenda Reformasi menolak pemerintahan kuno UMNO-BN, lalu menghalalkan cara menghalang, menakutkan dan membonsaikan fikrah rakyat Johor.

Tindakan menggunakan pihak Polis untuk menimbulkan provokasi dan kekacauan adalah satu tindakan yang mencemarkan maruah PDRM. Pasukan PDRM adalah sebuah pasukan yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan membanteras jenayah, bukannya untuk melakukan intimidasi ganas terhadap program - program Parti Oposisi dan menjaga jangka hayat UMNO-BN.

AMKJ menggesa agar Ketua Polis Negara yang baru dapat membersihkan institusi PDRM daripada kawalan politik UMNO-BN dan menginsafi tugas hakiki mereka iaitu berkhidmat untuk rakyat,mencegah jenayah, dan bersikap berkecuali bukan untuk menuruti pemimpin yang bersikap sombong dan bongkak.

AMKJ menyatakan komitmen untuk membawa perkara ini kepada SUHAKAM dan menyokong setiap langkah dan tindakan yang bakal diambil oleh KEADILAN NEGERI JOHOR dan KEADILAN CABANG KULAIJAYA berkaitan tragedi ini.

AMKJ akan terus melaksana tugas menjadi agen perubahan memberikan pendedahan kepada rakyat khasnya golongan anak muda mengenai penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa, penindasan dan perbuatan - perbuatan ganas, sombong dan bongkak ini agar UMNO-BN akan ditumbangkan di dalam Pilihanraya Umum akan datang.

AMKJ juga turut menyatakan komitmen kami untuk membangkitkan sentimen perubahan ke arah memartabatkan rakyat Johor melalui sebuah kerajaan adil, telus dan prihatin Pakatan Rakyat melangkah megah ke Nusa Jaya

AHMAD ANWAR ASYRAF BIN ISMAIL
Setiausaha

ANGKATAN MUDA KEADILAN JOHOR











Jana RM4316.80 Sebulan Dengan Affiliate TuneTalk. Dilindungi eTiqa Insuran bernilai RM100,000 dan Tiket Penerbangan AirAsia PERCUMA berdasarkan jumlah Top-up terkumpul anda !!
thanks1
Read Full 10 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks