
Imej-imej dramatik ini menunjukkan seorang pemandu Israel yang memandu keretanya dan melanggar seorang anak muda lelaki Palestin di East Jerusalem semalam.
Budak lelaki itu adalah seorang daripada sekumpulan kanak-kanak yang melontar batu ke arah kereta-kereta Israel berikutan terbunuhnya dua pejuang Hamas di Hebron, Tebing Barat pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun dengan perlindungan Allah budak lelaki itu hanya mengalami kecederaan ringan walaupun tercampak ke dalam udara dan melepasi bumbung kereta tersebut.
Gambar-gambar ini menunjukkan sebuah Subaru sedang menuruni sebuah jalan yang curam dan berliku di East Jerusalem sebelum dibaling oleh anak muda Palestin.





Seorang daripada anak-anak ini dilanggar dan melepasi bonet kereta itu, manakala seorang lagi tercampak ke tepi jalan.
Kemalangan berlaku dalam kejiranan di Timur Arab, Baitulmuqaddis Silwan.
Sebelum itu pada Jumaat lalu telah disahkan pasukan Israel membunuh dua pejuang kanan Hamas ketika ketegangan antara kedua-dua pihak memuncak dan terus tidak mahu mengalah dengan proses damai dan sekali lagi menangguhkan keputusan Israel untuk memulakan kembali pembangunan penempatannya.
Sumber Imej : AFP