Nampaknya saya sudah berjaya melondehkan seluar mereka. Mereka menyalak, menjerit-jerit yang saya terlalu penakut untuk pulang ke Malaysia. Dan kemudian, apabila saya kata mereka temberang dan mengatakan bahawa saya akan kembali, mereka cemas dan mula menimbulkan pelbagai isu, yang anda boleh baca di bawah.Raja Petra KamarudinSudah lebih daripada setahun pelbagai ahli UMNO daripada pelbagai peringkat, blog UMNO dan laman-laman web mereka telah menggelar saya seorang pengecut, pengkhianat , dan bermacam-macam lagi, kerana tinggal di UK dan tidak pulang ke Malaysia untuk menghadapi perbicaraan. Meskipun hakikatnya tiada pertuduhan yang dikemukakan terhadap saya atau mana-mana waran tangkap (walaupun kerajaan boleh, jika ia berhasrat untuk memfailkan tuduhan-tuduhan baru terhadap saya) mereka berkeras tetap memanggil saya seorang pelarian. Walaupun seperti baru-baru ini Nazri Aziz menyatakan yang dia menjamin keselamatan saya jika saya akan kembali ke Malaysia.
Antara banyak laman-laman web UMNO yang paling kejam ialah Malaysia Instinct. Dan sebagai respons untuk 'percubaan' mereka membawa saya kembali saya tunjukkan saya sedia berbuat demikian dan juga menunjukkan saya akan berada di UCL pada jam 1.00pm hari Sabtu, 2hb Oktober 2010, untuk bertemu High Commissioner Malaysia bagi membincangkan kepulangan saya ke Malaysia.
Tetapi, High Commissioner tidak pernah muncul dan Malaysia Instinct sekarang menimbulkan persoalan tentang mengapa saya ingin pulang ke Malaysia. Saya fikir mereka yang benar-benar mahu saya kembali Malaysia dan untuk mereka saya berbuat demikian. Dan bila saya kata saya sedia untuk kembali mereka menyoal pula mengapa saya mahu berbuat demikian dan mula membuat pelbagai tuduhan berniat jahat kepada saya.
Itulah sebabnya. Jangan pernah sesekali mencabar seseorang untuk berperang. Anda tidak mengetahui samada mereka akan menerima cabaran itu. Dan lepas lebih daripada setahun mencabar saya dan menggelar dengan pelbagai gelaran mereka mula cemas dan membuat satu u-turn apabila saya menerima cabaran untuk pulang ke Malaysia.
Podah! Semua orang UMNO hanya pandai bercakap tapi tidak berani. Mereka berani apabila di dalam satu kumpulan besar menentang kumpulan kecil dan apabila mereka telah diberikan perlindungan oleh polis. Tetapi bila ia satu lawan satu , tiba-tiba telur mereka mengecut.
Sekarang anda tahu mengapa saya sangat memandang hina orang Melayu UMNO. Saya menganggap mereka bagaikan tahi anjing yang bertempel di bawah tapak kasut saya. Saya lebih suka menyentuh seekor babi daripada orang-orang ini. Begitulah jijiknya mereka.
*****************************************
RPK Membayangkan Dia Bersedia Beralih Arah Demi Bayaran Yang BaikOleh Farrah Deebah, Malaysia InstinctRamai yang memperkatakan tentang amaran RPK kepada Anwar yang dia tidak akan menyokong PKR kerana parti itu gagal untuk memenuhi janji janji untuk rakyat.
Beberapa suara yang lain pula berkata ia hanyalah satu lagi drama Tamil oleh RPK, Anwar dan PKR. Beberapa suara lain pula berkata RPK mula berjauhan dari PKR dengan harapan yang dia akan dilayan dengan lembut oleh pihak berkuasa dan undang-undang Malaysia untuk dia pulang ke rumah.
Ada juga yang melihat kenyataan RPK sebagai satu usaha untuk mengalihkan perhatian masyarakat daripada pemilihan parti PKR paling memalukan. Ada pula yang berkata suara RPK itu betul-betul datang dari nalurinya dan sungguh-sungguh berfikir tentang membuat perubahan dengan kerajaan Malaysia.
Mempunyai hubungan rapat dengan RPK 'connections', saya memandang kenyataannya ini sebagai satu pengakuan kesalahannya.
Dengan membuat kenyataan itu, RPK secara langsung mengakui yang dia adalah satu alat kepada Anwar dan PKR dan semua musuh-musuh negara. Dia juga secara tidak langsung mengakui semua atau beberapa parti-parti ini telah membayarnya dengan bayaran yang baik hanya untuk mencemarkan Malaysia dan imej reputasi PM kita.
RPK sebenarnya membayangkan yang dia bersedia untuk berpusing kembali kepada BN pada bila-bila masa dengan memberi sebab yang sudah boleh dijangka, bahawa PKR telah kehilangan kredibilitinya. Dengan ini, RPK berharap ia dapat menggambarkan satu imej yang bersih dan warak dalam dirinya seolah-olah dia adalah seorang yang sentiasa mencari kebenaran.
Tetapi, kerajaan tidak akan terpedaya atas sebab itu, pengikut-pengikut RPK - orang Melayu liberal yang bodoh, sudah pasti terpedaya.
Setiap kali kami bercerita tentang RPK atau bercakap dengan RPK, kami mesti tidak lupa yang dia tidak mempunyai mental yang stabil. Dia sentiasa mahu menjadi tumpuan, tarikan dan apabila beliau berjaya mencapainya, dia akan terbawa-bawa dengan khayalan-khayalannya, mereka-reka ceritanya sendiri, skrip-skrip dan imaginasi.
Dia bangga denga penipuan-penipuannya dan ghairah melihat kesannya pada kehidupan orang yang tinggal di negaranya. Dia sangat berbangga kerana membawa terlalu banyak masalah untuk semua orang.
RPK ialah seorang egois, yang menjadikannya sangat tidak bijak. Egois sering berbuat bodoh atas dirinya, itu sudah pasti. RPK bukan jenis yang meminta maaf, maafkan saya, kesalahan saya dan semua yang telah saya lakukan.
Jika RPK betul-betul kembali ke tanah air dan berpaling jauh dari Anwar dan PKR, ia mesti sebab dia mempunyai sesuatu masalah dengan 'organizer' atau 'master' dan sudah tiada tempat untuk memperolehi 'real money'.
Atau mungkin, RPK mencuba merapatkan punggungnya ke dalam UMNO dan kerajaan sebagai satu ejen talam dua muka. Dia mahu untuk cuba menulis pembohongan untuk kedua-dua pihak, mendapatkan maklumat untuk kedua-dua pihak dan dibayar oleh kedua-dua pihak.
Apalagi yang hendak kita jangkakan dari seorang lelaki dengan tiada kerja sebenar? Bagaimana dia hendak menyara isteri hodohnya dan menjalani gaya hidup mewahnya jika dia berhenti menulis segala penipuan-penipuan? Lelaki tidak akan berhenti daripada membohongt, tidak pernah! Itu pasti. Jadi, walau apa pun yang dia lakukan, dia sentiasa mempunyai tujuan yang jahat demi mendapatkan bayaran yang cukup baik untuknya dan meneruskan gaya hidup sebegitu.
Jika RPK akan kembali ke Malaysia, tiada sesiapa sepatutnya sanggup menanggung risiko dengan memberinya peluang kedua. Dia seorang yang sudah berlalu, seorang lelaki yang terluka, seorang yang berjiwa sesat. Jika dia tidak balik-balik dan kami tidak boleh membawanya ke mahkamah, ia sudah cukup baik bagi kami. Biarkan sahaja dia membusuk di London. Siapa peduli!
Terjemahan Artikel :
Umno panics and does a u-turn