blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Bangkai Tikus Dalam Roti

Tuesday, September 28, 2010
http://4.bp.blogspot.com/_e6yqD3noOkA/TKHT3gJmbqI/AAAAAAAAFIg/rkPBScfMH4A/s1600/1.jpg

Mengejutkan. Stephen Forse yang hendak membuat sandwich untuk anak-anaknya telah menjumpai seekor tikus yang mati 'tertanam' di dalam buku roti.

Stephen, 41, telah membeli Hovis Best of Both di pasaraya Tesco dan telah pun memakan beberapa keping roti apabila beliau menemui sesuatu yang mengerikan ini.

Ayah kepada empat orang anan yang tinggal di Kidlington, Oxfordshire, berkata: "Saya merasakan sangat jijik - malah lebih teruk lagi apabila pegawai kesihatan persekitaran berkata ekornya telah hilang. Saya risau jika kami telah memakannya."

Tiada ahli keluarga yang jatuh sakit. Premier Foods telah didenda £16,821 (RM 82 ribu lebih) kerana gagal untuk mengikut standard-standard yang diterima di kilang mereka di Mitcham, London Utara. Seorang jurucakap berkata: "Kami sangat-sangat meminta maaf."



Sumber : www.thesun.co.uk



Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 1 comments

Sultan Johor Rasmi TNB Muar

http://4.bp.blogspot.com/_e6yqD3noOkA/TKG8ShEmR9I/AAAAAAAAFIY/M-9r-X_tG4A/s1600/1.png
MUAR, 28 Sept -- Sultan Johor Sultan Ibrahim diiringi Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tan Sri Leo Moggie berkenan melawat gerai pameran selepas merasmikan bangunan TNB Muar di Jalan Sulaiman,di sini hari ini.



Sumber : Bernama

Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments

Perjalanan Terakhir ADUN Galas

GUA MUSANG, 28 Sept -- Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah), mengimankan sembahyang jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Allahyarham Che Hashim Sulaima di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra di sini, awal pagi tadi.

Ibu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Allahyarham Che Hashim Sulaima, Tuan Jah Tuan Mahmood, 65, (dua, kanan) menyiram air mawar di pusara anaknya selepas upacara pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kerinting di sini, awal pagi tadi.

Che Hashim, 46, meninggal dunia petang semalam akibat barah usus setelah disahkan menghidap penyakit itu sejak Mei tahun lalu.



Sumber : Bernama

Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments

Lagi Ular Ditemui Sebelum Sukan Komanwel Bermula


Inilah ular tedung berbahaya yang ditemui oleh pekerja ketika sedang menjalar di dalam sebuah longkang di stadium tenis baru di Dehli ketika hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum Sukan Komanwel bermula.

Reptilia berukuran 4 kaki panjang itu telah ditangkap oleh seorang pakar dari organisasi penyelamatan binatang Wildlife SOS ketika pekerja-pekerja yang lain dikerahkan untuk menyelesaikan kerja-kerja persediaan untuk majlis perasmian Ahad ini.

Ini adalah ular kedua yang ditemui berhampiran kemudahan Sukan Komanwel selepas seekor ular tedung ditemui di dalam bilik seorang atlet Afrika Selatan semalam.

Sumber : Daily Mail,AP


Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks