blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Sekitar Pengkebumian ADUN Galas

Monday, September 27, 2010
KUALA LUMPUR, 27 Sept -- Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa (empat kanan) mengimamkan sembahyang jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri Galas Che Hashim Sulaima, 46, di Masjid Kampung Baru di sini, hari ini.

Turut menyembahyangkan jenazah ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (tujuh kanan) dan Salahuddin Ayub (enam kanan).


AL-FATEHAH... Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (dua kiri) dan Salahuddin Ayub (tiga kiri) mengusung jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri Galas, Che Hashim Sulaima, 46, selepas di sembahyangkan di Masjid Kampung Baru di sini, hari ini.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru Kuala Lumpur di sini pada 4.30 petang tadi kerana barah usus. Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Gua Musang Kelantan untuk dikebumikan malam ini.


Sumber : Bernama





Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments

Kenapa Masa Ini Reezal Merican Tidak Menyalak

1. Zaman Mahathir : BAKTI (Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri) dapat sumbangan RM 200 000 dari Genting Group.


2. Pak Lah sebagai Timbalan Perdana Menteri turut terima sumbangan RM1,000,000.00 daripada Genting. Hanif Omar bekas Ketua Polis salah seorang pemegang saham Genting.



3. Zaman Najib lagi hebat. Sports Toto secara terang-terangan menderma hasil judi mereka kepada anak-anak yang beragama Islam di dalam Majlis Berbuka Puasa.

http://4.bp.blogspot.com/_e6yqD3noOkA/TKBo8zDCWPI/AAAAAAAAFHY/wXADn0c5Q2o/s1600/4.jpg

Sumber di sini

Kenapa masa ini Reezal Merican tidak menyalak! Ptuih! : Author Faethal









Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 2 comments

Malaysia, Judi & BN


Hipokrasi yang sangat memualkan. Ahli-ahli politik Umno seronok apabila menerima berjuta-juta ringgit wang judi; seronok bila menerima percutian yang dibayar ke Mediterranean, ada memiliki saham judi dan tiba-tiba pandai berdakwah mengenai larangan menggunakan hasil judi untuk kebajikan.

Malaysian Insider

Di sini beberapa fakta asas. Malaysia mempunyai kasino, dan telah mengeluarkan lesen judi kepada pengendali nombor ramalan (numbers forecast operators = NFO) dan juga lesen mesin-mesin jackpot di pelbagai kelab. Terdapat juga turf club yang menjalankan pertaruhan.

Hasil dari aktiviti-aktiviti perjudian ini dimasukkan ke dalam Consolidated Fund yang diuruskan oleh Perbendaharaan Negara.

Malaysia adalah sebuah negara Islam, menurut parti pemerintah Barisan Nasional (BN).

Tahun 2008, Tan Sri Vincent Tan, Ananda Krishnan dan ramai wakil di belakang Magnum 4D telah menderma kepada ahli-ahli politik Umno untuk Pilihanraya Umum 2008.

Ahli-ahli politik Umno ini dengan riang menerima wang ini dan menaburkan kepada pekerja-pekerja politik dan para pengundi sebagai upah dan juga wang kopi.

Hari ini ahli-ahli politik yang sama ini mencuba untuk menyerang Kerajaan negeri Pulau Pinang yang merupakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) kerana dikatakan menggunakan dana dari lumba kuda bagi program bantuan kemiskinan dengan memberi RM100 setahun kepada wargatua di negeri itu.

Hipokrasi yang sangat memualkan. Ahli-ahli politik Umno seronok apabila menerima berjuta-juta ringgit wang judi; seronok apabila menerima percutian yang dibayar ke Mediterranean, ada memiliki saham judi dan tiba-tiba pandai berdakwah mengenai larangan menggunakan hasil judi untuk kebajikan.

Ia bermula dengan ketua penerangan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yangmendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk menjelaskan dakwaan yang dibuat di dalam blog Pisau.net, yang mengatakan wang pembayaran tahunan RM100 untuk wargatua dan RM1,000 untuk waris-waris mereka adalah biaya melalui pendapatan penjudian.

Reezal juga mendakwa terdapat khabar angin yang menyebabkan ketidakselesaan kepada beberapa penerima-penerima wang, terutama mereka yang beragama Islam.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyertai pertelingkahan ini semalam, mengatakan Muslim tidak mahu dikaitkan sekiranya wang judi telah digunakan untuk program-program ini.

“Kami mahu satu jawapan daripada Lim. Jika wang itu daripada satu sumber terlarang, orang Islam tidak sepatut menerimanya,” dia memberitahu pemberita di Pagoh.

Kata-kata yang hebat daripada pemimpin-pemimpin BN. Tetapi fakta-fakta menunjukkan berbeza dengan cacian mereka kepada kerajaan Pulau Pinang.

Pengerusi jawatankuasa Hal Ehwal Agama Penang Abdul Malik Abul Kassim mendakwa dakwaan yang dibuat di dalam blog dan Pemuda Umno, hanyalah “imaginasi”, ia tidak berdasarkan fakta-fakta dan dibuat kerana niat jahat.

Dana itu katanya, ialah hasil daripada pentadbiran negeri yang berhemat dan mematuhi prinsip kecekapan, kebertanggungjawaban dan transparensi (CAT), yang membolehkan negeri menjimatkan RM20 juta untuk program kebajikan.

“Dari peruntukan itu, kami telah membelanjakan sebanyak RM10.7 juta dan kami masih ada lagi amaun tambahan RM9.3 juta untuk meneruskan program kepada wargatua di negeri ini.

“Ia telah dijelaskan dengan nyata wang sumbangan ini bukannya dari sumber-sumber judi. Ia adalah daripada hasil kumpulan taksiran-taksiran atau dengan kata lain — bukan daripada berjudi.

“Kerajaan negeri juga tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan lesen-lesen judi. Hanya kerajaan pusat yang mempunyai kuasa untuk melakukan sedemikian,”

Mungkin BN dan rakyat Malaysia juga perlu diingatkan siapa yang menaja ahli-ahli sukan kita selama ini, bukan daripada pengurus aset seperti Khazanah Nasional Berhad atau UEM tetapi adalah syarikat judi seperti Berjaya Sports Toto and Magnum 4D.

Magnum 4D menyokong Alex Yoong dalam tiga kali perlumbaannya di dalam Formula One 2001 ketika bersama pasukan Minardi, kemuncul kali pertama di GP Itali, menjadikannya pemandu pertama F1 Malaysia.

Memburukkan lagi keadaan yang sudah buruk, Kementerian Kewangan menaikkan cukai hasil perjudian kepada pengendali-pengendali NFO daripada 6 peratus kepada 8 peratus berkuatkuasa Jun 2010 (cukai hasil judi adalah berdasarkan hasil jualan kasar selepas ditolak cukai judi 8 peratus).

Dana pendapatan kerajaan Malaysia yang meningat ini dapat membantu membayar gaji-gaji kepada perkhidmatan awam negara. Termasuklah ahli-ahli Kabinet.

Sepatutnya kerajaan BN mengingati akan perkara itu sebelum menuduh musuh-musuh politiknya melakukan perihal yang sama. Ia tidak seharusnya memperjudikan ketidak pedulian orang ramai.



Terjemahan artikel : Gambling on ignorance


Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments

Anwar Ibrahim Berucap Di Indonesia

Mantan Wakil Perdana Menteri Malaysia 1993-1998 Dato' Seri Anwar Ibrahim, Fahmi Idris dan Soegeng Sajadi ketika menghadiri Studium General di Four Seasson, Jakarta, Ahad (26/9/2010).


Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapannya di Studium Generale di Hotel Four Season, Rasuna Said, Jakarta, pada 26/9/2010. Pada kesempatan tersebut Anwar berucap mengenai menuju persahabatan setara dengan Indonesia-Malaysia.

Jakarta - Dalam Stadium General ‘Reformasi Politik dan Demokratisasi di Malaysia Menuju Persahabatan Setara Indonesia-Malaysia’ di Jakarta, Minggu (26/10), pidato Anwar Ibrahim menarik perhatan publik.

Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu menuding parti berkuasa di Malaysia, UMNO, yang memanas-manaskan hubungan Indonesia-Malaysia. Anwar menyebut UMNO telah menyebarkan ketakutan.

UMNO memang sering memanfaatkan isu seolah-olah menebarkan ketakutan atas isu-isu Indonesia-Malaysia. UMNO mengesankan bahawa Malaysia terancam, meskipun itu tidak benar. Ini dongeng baru, meminjam bahasa Anwar.

Kecenderungan UMNO memanfaatkan isu untuk memanas-manaskan hubungan Malaysia-Indonesia menyebabkan sentimen negara menjalar kepada masyarakat. Namun Anwar yakin tidak semua masyarakat akan melakukan tindakan yang merosak hubungan dua negara serumpun ini.

Namun pandangan Anwar perlu difahami. Sentimen negara di Malasysia sudah menjalar ke masyarakat dan itu memang benar. Tapi kalau masyarakat Malaysia bertindak macam-macam, itu jelas tidak benar.

Konflik antara Indonesia-Malaysia seringkali melibatkan persoalan perundangan, seperti perlakuan terhadap tenaga kerja Indonesia (TKI) dan masalah perbatasan. Kerana itu, Anwar menyarankan meminta agar masyarakat kedua negara menjalin hubungan dan kerjasama yang baik perlu dijaga dengan baik.

Sepetutnya, masyarakat di antara dua negara ini, generasi muda, mahasiswa, anggota parlimennya bertambah lebih baik berhubungan.

Hubungan Indonesia-Malaysia akhir-akhir ini sering memanas. Terakhir, konflik berkaitan penangkapan 3 petugas DKP dari Indonesia oleh Polis Diraja Malaysia pertengahan Ogos lalu.

Penangkapan ini dibalas dengan lemparan kotoran najis oleh kelompok LSM Bendera terhadap Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, yang menyebabkan kemarahan pejabat negeri jiran.

Anwar juga menegaskan, majorii rakyat Malaysia tidak membenci Indonesia. Kalau ada aura kebencian kelihatan di mata umum, itu adalah permainan media masssa Malaysia yang selalu menyampaikan hal buruk berkaitan Indonesia.

Tidak benar jika dikatakan majiriti rakyat Malaysia tidak sukakan Indonesia. Menurut Anwar, ia hanya majoriti kecil, kemudian dimainkan oleh media.

Selama ini, media Malaysia tidak pernah menyampaikan hal positif mengenai Indonesia seperti pemberantasan korupsi yang berlangsung cukup baik. Itu tidak sihat dalam jangka panjang.


Anwar mengingatkan, di kalangan media Malaysia tidak ada liputan positif sama sekali tentang Mahkamah Konstitusi (MK) atau pun keberhasilan Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK). Seolah-olah Indonesia korup semuanya.

Padahal hakikatnya, masyarakat Malaysia banyak yang pro Indonesia. Masyarakat Malaysia mengenali mantan Presiden dan Wakil Presiden Indonesia Soekarno-Hatta sebagai tokoh nasional mereka. Sesungguhnya, berdasarkan sejarah, Indonesia dan Malaysia masih saudara serumpun, iaitu rumpun Melayu.

Jika dilihat dari sejarahnya, rumpun Melayu baik Indonesia ataupun Malaysia berasal dari Bukit Saguntang, Mahameru, Sumatera. Benar kata Anwar bahawa kita tidak boleh memadamkan kenyataan sejarah hubungan Indonesia-Malaysia.






Sumber : Inilah,MI








Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks