Laporan pertama Sukan Komanwel Delhi beri gambaran menakutkanITULAH gambaran menakutkan daripada laporan pertama diberikan urus setia kontinjen negara diketuai Pengurus Besar yang juga Pengarah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin selepas tiba di New Delhi, kelmarin
Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong, berkata dia menerima emel pertama daripada Jefri, semalam yang membayangkan keadaan temasya Sukan Komanwel dari 3 hingga 14 Oktober ini teruk berikutan banyak kemudahan yang belum siap sepenuhnya. “Jadi, kita akan mengambil langkah sewajarnya daripada gambaran yang diberikan urus setia yang sudah berada di sana untuk memastikan kontinjen negara tidak berdepan masalah besar sepanjang berada di banda raya itu,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai emel yang dihantar Jefri, Zolkples berkata, pasukan urus setia turut memberitahu mereka terpaksa menunggu empat jam untuk memasuki perkampungan sukan dan tambahan satu jam setengah lagi untuk memasuki pangsapuri sementara yang disediakan.
“Jefri memaklumkan blok penginapan yang disediakan untuk kontinjen negara tidak memuaskan dan sedang berusaha memohon menukar blok yang terletak di hujung ke kawasan tengah yang kelihatan lebih baik.
“Dia juga tidak pasti bila perkampungan sukan berkenaan akan dibuka secara rasmi kerana sukar mendapat maklumat berikutan ketiadaan penyelarasan di antara pegawai yang bertugas,” katanya.
Zolkples berkata, atlit juga perlu berdepan kawalan keselamatan yang ketat dan melampau di perkampungan sukan yang turut menjadi topik perbincangan hangat di kalangan kontinjen yang sudah berada di sana.
“Kita akan terus berhubung dengan pasukan urus setia di sana bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai situasi yang berlaku dan mengambil langkah susulan untuk memastikan kontinjen negara lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya
Keadaan sinki yang kotor.
Bilik air juga turut kotor.
Kesan kotoran daripada tapak kaki anjing di atas tilam.Kebocoran di bilik mandi utama.
Keadaan sinki dan tandas yang sangat jijik.
Keadaan di luar perkampungan sukan.
Kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan.
Kabel yang masih belum diselenggara dengan sempurna.
Laluan masuk ke perkampungan sukan yang kotor dan tidak terurus.
Pembinaan yang tidak disiapkan dengan sempurna.
Sumber : Sky News, Berita Harian
Jika anda minat artikel ini :