ASP Ari Krishna di pejabat Zunar.
Kartunis popular Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque hari ini ditahan polis mengikut seksyen 4 (1) Akta Hasutan.
Beliau kini dilaporkan dibawa kepada ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.
Sebelum itu, pada sekitar jam 4 petang tadi, polis menggelidah premis Sepakat Efektif Sdn Bhd yang dimiliki Zunar dan merampas kira-kira 67 naskhah terbaru buku Cartoon-O-Phobia yang dijadualkan dilancarkan malam ini.
Menurut Zunar yang sempat menghubungi Malaysiakini dan bercakap secara tergesa-gesa memberitahu pejabatnya yang juga menempatkan Kafe Kartun diserbu oleh sepuluh anggota polis yang diketuai oleh ASP Ari Krishna daripada balai polis Brickfields.
"Kami diberitahu bahawa laporan polis telah dibuat berhubung penerbitan buku itu,” katanya kepada Malaysiakini.
Zunar berkata selain buku terbarunya itu, turut dirampas adalah beberapa lukisan kartunnya.
Peguam Lateefa Koya bersama Zunar.“Saya sedang cuba melenggah-lenggah masa sehingga peguam saya tiba,” katanya.
Sebelum ini, beberapa bukunya termasuk 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun, juga diharamkan.
UPDATE : Dari Facebook Zunar
"Zunar sini. Saya skrg sedang ditahan di balai polis brickfeild utk soal siasat, lps ini akan di bawa ke ipd pj. Pesan saya prgm mlm diteruskan walau tanpa saya. Terima kasih atas sokongan."
Sumber : Malaysiakini,FB
Jika anda minat artikel ini :