
Oleh : Free Malaysia Today
PETALING JAYA: Anggota majlis tertinggi PKR Zaid Ibrahim hari ini menafikan menggelar Timbalan Presiden Parti Syed Husin Ali “nyanyuk”.
Zaid menjelaskan yang dia menggunakan perkataan “nyanyu” (bercakap tidak keruan) dan bukan “nyanyuk” seperti yang dikhabarkan.
“Saya sedang menelefon wartawan dan sedang dalam perjalanan di dalam kereta. Mungkin wartawan tersalah dengar tetapi apa yang saya katakan adalah dia (Syed Husin) mungkin 'nyanyu' dan mungkin telah terlupa perkara-perkara tertentu baginya sehingga membuat komen sebegitu di dalam temubualnya bersama
Merdeka Review,” dia memaklumkan FMT.
“Saya tidak memanggilnya nyanyuk,” dia menegaskan.
Zaid, yang merebut untuk jawatan Timbalan Presiden, telah dikritik oleh pemimpin-pemimpin parti, termasuk saingannya Azmin Ali, mengenai kata-katanya terhadap Syed Husin.
Syed Husin, dalam wawancara bersama Merdeka Review, telah berkata Zaid bukan seorang rakan sepasukan dan menunjukkan dia menyokong naib presiden Azmin sebagai penggantinya.
Dia turut menyatakan peranan Zaid dalam rangka kerja pewujudan Pakatan sangat minima malah tidak menghadiri banyak mesyuarat.
"Dia perlu jadi team player. Ketika beliau dilantik masuk Biro Politik, bila suka datang (hadir mesyuarat). Bila tak suka, tak datang. Macam mana anda menjadi pemimpin seperti itu?"
Serangan-serangan telah dipertingkatkan.
Sementara itu, Zaid berkata yang dia terpaksa membalas dakwaan ke atasnya beliau rasakan sumbangan-sumbangannya kepada parti itu diperkecilkan.
Dia berkata yang dia amat kecewa dengan tuduhan-tuduhan mengenainya oleh pemimpin-pemimpin parti dan memberi jaminan yang dia setia kepada parti itu.
“Saya sepenuhnya menyokongan perjuangan parti,” katanya.
Terjemahan artikel :
Zaid: I called him nyanyu, not nyanyuk Jika anda minat artikel ini :