blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Dialog TG Nik Aziz & Wartawan

Saturday, September 18, 2010
http://3.bp.blogspot.com/_e6yqD3noOkA/TJS-xQd3OuI/AAAAAAAAE74/ELyAW4TgZ0M/s1600/1.png

KOTA BAHARU, 18 Sept -- Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (depan, tengah) ketika menjawab soalan yang dikemuka oleh wartawan pada majlis dialog bersama rakan media anjuran Urusetia Penerangan Negeri di sini, malam tadi.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menjawab soalan yang dikemuka oleh wartawan pada majlis dialog bersama rakan media anjuran Urusetia Penerangan Negeri di sini, malam tadi.

Beliau mahu wartawan dan ulama memainkan peranan yang seiring untuk menjamin keselamatan ummah di dunia dan akhirat.

Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments

M.Rajoli Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam ini akibat penyakit kelenjar kanser otak.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.

"Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.

Harun berkata, pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah 'bintang yang sentiasa menyinar'. M Rajoli atau nama penuhnya Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau dimasukkan ke HKL pada 10 Oktober 2007 dan dibedah pada keesokannya apabila doktor mendapati komplikasi penyakit di otaknya.

Selepas tiga minggu berada di Unit Neurologi, HKL, beliau dipindahkan ke Hospital Ampang pada 1 November 2007 untuk menjalani rawatan susulan kimoterapi dan fisioterapi sebelum dimasukkan ke HKL semula untuk rawatan radioterapi kerana keadaan jantungnya yang lemah.

Allahyarham terkenal dengan lakonan versatilnya dan pernah membintangi pelbagai drama dan filem antaranya Congkak dan Lembing Awang Pulang ke Dayang.

-Bernama

Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails
 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks