
Nama Raja Petra Kamarudin – dikenali umum sebagai RPK – amat ditakuti oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Blognya, Malaysia Today, blog paling popular Malaysia ini menjadi punca rasa malu bagi parti pemerintah berkaitan pendedahan-pendedahan RPK, kebanyakannya disertakan dengan bukti dan dokumenkan, siri penglibatan UMNO dalam penyalahgunaan kuasa.
Pendedahan terbesarnya setakat ini tidak lain dan tidak bukan adalah terhadap Perdana Menteri sekarang, Najib Razak. RPK telah membuat suatu akuan berkanun isteri Najib, Rosmah Mansor berada di tempat kejadian jenayah pembunuhan Altantunya Sharibu. Najib, walaupun bersungguh-sungguh menafikan sebarang penglibatannya, namun tidak menyaman RPK kerana memfitnahnya ataupun menyuruh polis menyiasat dakwaan-dakwaannya.
RPK sekarang seorang pelarian di United Kingdom selepas dilepaskan daripada tahanan di bawah Internal Securities Act (ISA) sebuah akta drakonian Malaysia.
Dia dianggap terlalu panas walaupun untuk sebuah program sosiopolitik hebat dan mengesankan BBC, HARDTalk, yang dibatalkan pada minit-minit akhir, interview yang dijadualkan dengannya ini dilaporkan menerima tekanan sama ada daripada kerajaan British atau kerajaan Malaysia.
Dengan keadaan pilihan raya di Malaysia yang semakin hampir, RPK kekal sebagai satu ancaman kepada UMNO. Pendedahan terbarunya, menunjukkan bagaimana Tajuddin Ramli, kroni Mahathir dan Daim menyamun hampir RM9 bilion melalui kawalan (pembelian, operasi dan jualan) Malaysia Airlines (MAS).
Laman webnya sekarang ini dipercayai telah serang. Ia telah ditutup dua kali sejak kebelakangan ini dan sekarang mengalami masalah low bandwidth Ramai percaya bahawa ini ialah kerja kerajaan Malaysia atau ejen-ejen mereka.
RPK telah mendedahkan banyak isu (e.g. skandal-skandal, UMNO kontroversi / kerajaan BN merancang dan konspirasi , dan lain-lain) berbanding mana-mana organisasi media yang lain.
Selagi RPK bebas, rakyat Malaysia dipastikan dengan pendedahan pelbagai berita terkini penipuan kerajaan. Ini hmenyebabkan UMNO , dan individu-individu lain yang rasuah berkait dengan UMNO bersiap sedia.
Memelihara kebebasan RPK menjadi hasrat semua orang yang menunggu untuk melihat Malaysia matang sebagai sebuah negara demokrasi.
Terjemahan daripada artikel :
Raja Petra Kamarudin: UMNO’s public enemy number 1Jika anda minat artikel ini :