blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Sekitar Permasyhuran Sultan Kelantan

Monday, September 13, 2010

KOTA BAHARU, 13 Sept -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan pemasyhuran Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuatkuasa hari ini di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini. Hadir sama Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra (kanan).


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (kanan) mengumumkan pemasyhuran Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuatkuasa hari ini di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini.


Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra (kiri) dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuatkuasa hari ini.


Tengku Muhammad Faris Petra menerima watikah pemasyhuran Raja Kelantan daripada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) di Balai Rong Seri Istanan Balai Besar di sini hari ini.


Sumber : Bernama


Tahniah kepada seluruh rakyat Kelantan :Author Faethal



Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 1 comments

Kronologi Bunuh Sosilawati

6 September 2010

Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 Ogos lalu selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44. Sosilawati dikatakan membawa RM4 juta bersamanya.


7 September

Dua kereta BMW, masing-masing dengan nombor pendaftaran WTL 11 dan AAJ 5, milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemui. Kereta Sosilawati ditemui di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah, Subang Jaya; manakala kereta Ahmad Kamil ditemui di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya.

Keluarga Sosilawati menafikan mangsa membawa wang RM4 juta.


8 September

Polis melaporkan Sosilawati dan tiga individu lain masih dalam negara. Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang, 30 Ogos lalu.

Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang tiga hari melalui telefon pada malam 30 Ogos.


9 September

Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan.


10 September

SALAH seorang suspek kes bunuh Sosilawati dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk. Polis menahan lima suspek berhubung kehilangan empat mangsa itu.



11 September

ANGGOTA forensik meneliti tulang yang dikutip dari Sungai Panchau di Kancong Laut, Tanjung Sepat, Banting, semalam.

Polis menemui lokasi empat mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya.

Polis mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, sebelum abunya dibuang ke dalam sungai. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun.




Sumber : Bharian


Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks