blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kepayahan Kemerdekaan : Tiada Di Dalam Buku Sejarah Malaysia...

Wednesday, September 1, 2010









Hari ini, saya ingin menerbitkan bab 34 daripada buku ‘Malay Nationalism Before Umno: The Memoirs of Mustapha Hussain’ untuk menunjukkan UMNO tidak terbabit dalam gerakan-gerakan awal menuntut kemerdekaan Malaya.


Raja Petra Kamarudin

1. Perjuangan untuk kemerdekaan pada 1946 bukan dipelopori oleh Umno (seperti yang tertulis dalam buku sejarah Malaysia). Ianya dipelopori oleh All-Malayan Council Joint Action (AMCJA). AMCJA ialah kumpulan sayap kiri (apa yang UMNO gelar sebagai Komunis).

2. Ini adalah cubaan kedua untuk Merdeka. Yang pertama pada tahun 1945 semasa pendudukan Jepun di Malaya. Malah, Jepun telah pun bersetuju memberi kemerdekaan, yang sepatutnya telah diisytiharkan pada 17 Ogos 1945. Bagaimanapun , Jepun menyerah diri pada 15 Ogos 1945 (hanya dua hari sebelum tarikh Merdeka) selepas pengeboman Hiroshima yang diikuti oleh Nagakasi. Jika rakyat Amerika melambatkan pengeboman dalam beberapa minggu, Malaya akan menyambut kemerdekaan pada 15 Ogos 1945 bukannya 31 Ogos 1957.

3. Pergerakan menuntut kemerdekaan pada 1945 dan 1946 telah dibuat oleh kumpulan-kumpulan daripada pelbagai kaum yang terdiri daripada nasionalis, tokoh agama dan komunis. Bukan kaum Melayu sahaja. Dan UMNO pastinya tidak termasuk di dalam kumpulan itu. UMNO tidak bercakap tentang Merdeka sehinggalah kira-kira 10 tahun selepas itu.

Itulah kisah perjuangan untuk mencapai Merdeka dan jangan biarkan UMNO memberitahu anda sebaliknya. Dan ingatlah bahawa semua kaum, bukan sahaja orang Melayu, menyertai dalam perjuangan menuntut Merdeka.

Sudah tentu, pada masa itu, orang British tidak akan memberikan Merdeka kerana Malaya kemudiannya akan menjadi sebuah negara sosialis (dengan Constitutional Monarchy). Sebaliknya, orang British menahan mereka yang menuntut kemerdekaan itu. Orang British kemudian menaikkan dan menyokong UMNO, sebuah parti orang Melayu didikan British, untuk memastikan Malaya Merdeka akan kekal pro British.


Terjemahan artikel : The struggle for Merdeka: what the Malaysian history books do not tell us


Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 1 comments

Surat Abdullah CD & Ghafar Baba

http://1.bp.blogspot.com/_e6yqD3noOkA/TH2lj8o6wjI/AAAAAAAAEwk/MZiYF2fGfvM/s1600/1.jpg
http://2.bp.blogspot.com/_e6yqD3noOkA/TH2ljpIMRwI/AAAAAAAAEwc/G4lWqyRIowA/s1600/2.jpg
Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks