blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Puting Beliung 'Api Syaitan' Di Brazil

Friday, August 27, 2010
http://4.bp.blogspot.com/_e6yqD3noOkA/THcxbHVy1wI/AAAAAAAAEvU/73SFi_yUaMg/s1600/1.jpg

Sebuah angin pusar menerpa ladang kering yang sedang dijilat api di Brazil sehingga membentuk puting beliung berapi setinggi puluhan meter. Fenomena ini terjadi akibat dari kebakaran semak belukar yang luas kemudian diterjah angin sehingga makin panas dan membakar semua yang dilaluinya.

Kejadian tersebut dirakam oleh video yang kemudian dikenal sebagai 'api syaitan', yang menghubungkan daratan yang terbakar dengan langit. Kelihatan dalam video yang disiarkan oleh The Sun, Rabu (25/8/2010) waktu tempatan, api menjulang tinggi dengan berputar-putar di tengah-tengah kebakaran yang melanda di Aracatuba, tidak jauh dari Sao Paulo, ibu kota Brazil di Amerika Latin.

Bila tinggi api kebakaran tersebut mencapai sekitar 2 meter maka api setan yang muncul akibat terpaan angin puting beliung ini mencapai hingga puluhan meter. Sama seperti angin puting beliung biasa, cuma ia bukannya debu tetapi adalah api yang merah menyala. Untuk melihat videonya klik di sini.

Badai api itu juga ditakuti oleh warga Brazil kerana sering terjadinya kebakaran hutan ataupun padang ilalang. Kesan daripada kebakaran ini, kualiti udara ibu kota Brazil makin buruk dan polusi juga semakin tinggi.

Pemerintah tempatan sudah melarang petani tebu untuk membakar sampah tanaman mereka demi mencegah kebakaran daripada meluas.

Angin tornado api atau dikenali sebagai "api syaitan" ini jarang terjadi. Di Tokyo Jepun pernah terjadi hal yang serupa pada tahun 1923 yang diakibatkan oleh gempa bumi dahsyat dan mengorbankan lebih daripada 38 000 jiwa hanya dalam masa 15 menit.

Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments

Lawatan panik Najib ke Felda Serting, Raja Alias


Oleh Zefry Dahalan

BANDAR BARU SERTING: Perdana Menteri Najib Tun Razak seolah-olah mempunyai sesuatu misi – beliau akan melawat para peneroka di Felda Serting dan Felda Raja Alias malam ini dan menghadiri majlis berbuka puasa di masjid bandar ini.

Menurut Ketua PKR Jempol Karip Mohd Salleh, lawatan beliau nampak panik untuk meredakan kemarahan di kalangan peneroka yang memfailkan saman terhadap pengurusan Felda pada 9 Ogos lalu.

"Saya mendapat tahu daripada para peneroka bahawa Najib akan menyerahkan sekeping cek contoh kepada wakil mereka sebagai bonus Hari Raya. Sehingga sekarang, beliau tidak mempunyai masa untuk mendengar rintihan para peneroka. Secara tiba-tiba beliau menunjukkan sikap seolah-olah mengambil berat tentang nasib mereka.

"Tapi kami, para peneroka Felda, bukannya bodoh untuk terperangkap dengan lakonan seperti ini. Kami tidak akan menarik balik saman tersebut," tambah Karip, yang mengetuai 766 peneroka memfailkan saman itu.

Beliau mewakili para peneroka dari Felda Serting Hilir Kompleks 1, 2, 4, 5, 6 dan 7 dari Air Hitam, Jempol dan juga dari Felda Raja Alias 1, 2, 3 dan 4 dari Serting, Jempol.

Karip berkata beliau menjangka Najib akan meluahkan kata-kata manis dalam ucapannya untuk memujuk para peneroka tetapi menambah, beliau tidak akan berjaya terutama dengan berita terbaru dari Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan hari ini mengarah Felda membayar RM11 juta kepada 354 peneroka dari Felda Kemahang 3 di Kelantan.

Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks