By Zefry Dahalan, Free Malaysia TodayTELUK INTAN: Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin hari ini memberikan alasan akan bertindak dengan membuat siasatan terhadap dakwaan pengetua sekolah yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman ke atas pelajar-pelajarnya. Ahli Parlimen Teluk Intan MP M Manoharan menempelak Muhyiddin kerana hipokrit dan bermuka-muka dalam menangani isu ini.

Dalam insiden yang berlaku pada 12 Ogos lalu, pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra telah semasa melancarkan ucapan sempena sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah telah menyebut bahawa pelajar berbangsa Cina tidak diperlukan di sini dan boleh pulang ke negara Cina disamping menyamakan gelang keagamaan agama Hindu yang dipakai oleh pelajar berbangsa India seperti rantai anjing.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengarahkan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat kes itu yang diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelajaran, Rosli Mohamed.
Manogaran berkata; " Dia (Muhyiddin) sangat pandai berlakon. DIa patut tahu Biro Tata Negara (BTN) menekankan kebencian perkauman di dalam modul latihan mereka."
"Adakah dia tidak tahu pengetua, guru besar, guru dan kakitangan awam dihantar ke BTN yang digelar sebagai kursus motivasi diri telah mengindoktrinasikan untuk membenci kaum lain?"
"Pengetua dan guru perlu menggunakan otak dan sensitif terhadap kaum lain. Saya menyalahkan kerajaan di atas insiden ini.
"Kemanakah arah tujuan kita apabila kerajaan sering menghasut sentimen perkauman kepada bangsa Melayu melalui kursus BTN?".
Jika anda minat artikel ini :