blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Remaja 13 Tahun Disambar Petir pada 13 Ogos, Jam 13:13

Monday, August 16, 2010

LONDON- Entah kebetulan atau memang nasib malang menimpa seorang remaja Inggeris ini yang disambar petir pada Jumaat tanggal 13 Ogos 2010 pada jam 13:13. Remaja itu juga kebetulan berusia 13 tahun, disambar petir ketika menonton Festival Udara Lowestoft Seafront di Inggeris.

Untungnya, nyawanya berjaya diselamatkan oleh sukarelawan St. John Ambulance yang terus membawanya ke Hospital James Paget, dalam keadaan terbakar yang ringan. Rex Clarke ketua pasukan St. John Ambulance berkata, ketika petir menyambar, sepanjang hari itu memang hujan turun lebat.

"Keyika waktu petang, kami melihat kilatan petir yang besar di atas laut dan mendengar gemuruh yang amat kuat," kata Rex.

Menurut Rex, selain remaja itu, ada dua orang lagi yang disambar petir di lokasi yang sama. Saat itu mereka bertiga sedang memegang payung yang berubah menjadi konduktor elektrik.

Clarke sendiri kagum melihat keadaan remaja itu. Menurut pengalamannya sebagai paramedik, disambar petir adalah kemalangan serius yang boleh mengakibatkan kecederaan teruk pada jantung korban. "Ketika kami sampai di lokasi kejadian, mangsa masih sedar dan bernafas," katanya.

Clive James, pakar pertolongan pertama St. John Ambulance menjelaskan kesan paling teruk dari sambaran petir adalah berhentinya degup jantung dan pernafasan seketika. "Jika ini terjadi, berikan mangsa bantuan pernafasan secepat mungkin dan terus hubungi ambulans," ia memberikan tips.

Tambah James, sambaran petir juga mengakibatkan luka terbakar. "Jika mangsa tidak boleh berjalan, pindahkan secepat mungkin dari lokasi. Sebab, kilat boleh menyambar di tempat yang sama," katanya.

Sumber : Daily Mail

Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks