blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

2 Maut Ribut Di Bazar Ramadan

Friday, August 13, 2010
JASIN 13 Ogos -- Seorang mangsa yang cedera akibat ribut di Bazar Ramadan di perkarangan Stadium Jasin dibawa ke Hospital Jasin di sini, hari ini.

TUNGANG-LANGGANG ... Keadaan Bazar Ramadan di perkarangan Stadium Jasin di sini, hari ini yang musnah dilanda ribut.


SELERAK ... Keadaan Bazar Ramadan di perkarangan Stadium Jasin di sini, hari ini yang musnah dilanda ribut.
Kejadian 5 petang tadi, mengorbankan dua peniaga, tiga lagi cedera parah manakala 14 lagi cedera ringan.


Sumber : Bernama




RJika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 3 comments

Hari 'Friday 13th' Sial?


Setiap kali tanggal 13 muncul pada hari Jumaat, Stress Management Center and Phobia Institute di Asheville mencatatkan berlakunya kerugian perniagaan sekitar USD800 juta (RM 2,5 bilion) kerana adanya kebimbangan sebagai hari terkutuk.

Ianya berikutan peristiwa buruk yang dikaitkan dengan Jumaat yang bertepatan dengan tanggal 13.

Tentera dari Raja Philip IV Prancis, menggempur rumah Ksatria Templar (tentera Perang Salib) dan memenjarakan beberapa ribu orang atas tuduhan kegiatan ilegal pada 13 Oktober 1307. Ratusan orang menderita kerana penyiksaan yang bertujuan untuk memaksa pengakuan.

Pada 13 Ogos 1521, Conquistador HernĂ¡n Cortes menangkap Cuauhtemoc, penguasa Tenochtitlan. Ia menuntut kota Sepanyol dan menandakan berakhirnya Kekaisaran Aztek. Cortes melantik penguasa baru dan tempat itu dinamakan sebagai Mexico City.

Pada 13 November 1789, Benjamin Franklin menulis "Segala sesuatu nampaknya hanya sekadar janji untuk segera berakhir. Akan tetapi, di dunia ini tidak ada yang pasti selain kematian dan cukai.”

Pada 13 September 1940, lima bom Jerman telah menghancurkan Buckingham Palace dan Palace Chape, sebahagian dari strategi pengeboman ‘Blitz’ milik Hitler.

Pada 13 Jun 1952, Gabernor Massachusetts, Kyle McArthur melarang semua kenderaan automotif digunakan pada hari sial tersebut. Sembilan bus kota telah kemalangan antara satu dengan yang lain di pusat kota Boston pada saat itu.

Pada 13 Julai 1956, Amerika Syarikat dan Inggeris menolak permintaan India dan Yugoslavia untuk menghentikan pengujian senjata nuklear di atmosfera.

Pada 13 November 1970, sebuah badai besar di Asia Selatan mengorbankan sekitar 300 ribu orang di Chittagong, Bangladesh. Peristiwa ini mennyebabkan banjir yang mengorbankan sekitar 1 juta penduduk di delta Sungai Gangga.

13 Jun 1986, artis kembar terkenal Mary-Kate Olsen dan Ashley Olsen lahir.

13 Januari 1989, virus "Friday the 13th" telah merosakan ratusan komputer IBM di seluruh Inggeris. Virus ini menghapuskan data program dan menimbulkan kecemasan besar.

13 Oktober 1989 The Dow Jones Industrial Average mengalami penurunan terbesar kedua yang pernah dialami pada tika itu.

Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 2 comments

Jam Mekah Terbesar Di Dunia




RIYADH: Arab Saudi akan melakukan ujian terhadap apa yang disifatkannya sebagai menara jam terbesar di dunia di Tanah Suci Makkah sepanjang bulan Ramadan ini.

Menara jam empat muka berkenaan akan menjadi pencakar langit tertinggi di negara itu apabila siap dengan ketinggian kira-kira 600 meter, menjadikan ia sebagai bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.
Jam berkenaan juga bakal menenggelamkan Big Ben di London yang pernah menjadi menara jam empat muka terbesar dunia, dengan jarumnya dikatakan lima kali lebih besar.
Dengan garis pusatnya berukuran 40 meter, jam Arab Saudi itu juga adalah lebih besar berbanding jam di Cevahir Mall di Istanbul yang mempunyai ukuran muka 36 meter pada bumbung telus cahaya di kompleks beli-belah Turki berkenaan.

Kompleks jam di Makkah yang direka jurutera Jerman dan Swiss membabitkan projek bernilai $800 juta (RM2.56 bilion) akan menghadap Kaabah yang menjadi tumpuan seluruh umat Islam di seluruh dunia ketika mereka mengerjakan solat lima waktu setiap hari dan menjadi sebahagian usaha Arab Saudi membangunkan bandar raya yang dilawati berjuta jemaah haji setiap tahun.

Tempoh ujian selama tiga bulan menara jam itu akan bermula pada minggu pertama Ramadan.

Hanya satu daripada empat muka jam berkenaan setakat ini siap dan diliputi 98 juta keping kaca jubin.

Sumber : AP




Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks