blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Bongkar Hubungan Saiful & Khairil

Thursday, August 12, 2010









Apakah hubungan antara Saiful dan Khairil? Khairil menyatakan Saiful pergi ke pejabat Najib untuk memohon biasiswa dan dia mengatakan mereka bertemu hanya sekali. Malaysia Today berkata ia tidak benar dan terdapat sesuatu yang lebih di antara Khairil dan Saiful dan ia tiada kaitannya dengan biasiswa.



Raja Petra Kamarudin

Sekarang mahkamah telah membuat keputusan -- Saiful Bukhari Azlan dan Farah Azlina Latif tidak akan dipanggil untuk memberikan keterangan berkiatan hubungan seks mereka -- izinkan saya untuk menyentuh isu sebenar.

Ya, hubungan seksual antara Saiful dan Farah bukanlah apa yang saya sasarkan. Itu adalah tipu helah supaya mereka keluar dan berlari keliling dalam bulatan dalam ketakutan. Dan, budak lelaki itu, memang cemas. Putrajaya menjadi sangat bingung, andai Johor diserang oleh angkatan bersenjata Singapura pun tidak mungkin menyebabkan sebingung ini.

Tetapi sekarang semuanya telah reda sekali lagi. Semalam, semua orang, khususnya yang di dalam pejabat Perdana Menteri Najib Tun Razak, melepaskan nafas kelegaan. Dengan perintah mahkamah menyekat Saiful dan Farah dari memberi sebarang keterangan berhubung hubungan, mereka kini merasakan telah dilindungi dengan baik.

Begini, jika itu menjadi sasaran utama saya ia boleh jadi juga. Ini bermakna mereka agak selamat sekarang. Tetapi itu bukan sasaran utama saya. Itu adalah sekadar satu gangguan untuk mengelirukan mereka seketika dan apabila mereka sangkakan ia kini selamat untuk pergi ke dalam air, sebagaimana dalam ‘Jaws', saya akan semburkan mereka dengan sasaran sebenar saya.

Sebelum itu, adakah anda ingat Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi? Dia ialah Konsulat kehormat Mongolia ke Malaysia yang mengiringi keluarga Altantuya setiap kali mereka di Malaysia dan mengadakan sidangan akhbar mengutuk kerajaan Malaysia berhubung bagaimana ia menjalankan penyiasatan pembunuhan Altantuya.

Syed Rahman sangat lantang bersuara. Dia boleh dikatakan menuduh polis Malaysia menyembunyikan fakta-fakta utama pembunuhan. Bahkan dia turut mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysia.

Syed Rahman sedang berjihad. Dia marah dan mahu menyingkap pesalah-pesalah sebenar di belakang pembunuhan Altantuya. Dia bertemu Tengku Razaleigh Hamzah, Anwar Ibrahim , dan banyak pemimpin-pemimpin politik lain untuk mengadu tentang apa yang berlaku. Dia turut menyentuh Najib dengan menyebut namanya dan menegaskan bahawa dia memiliki gambar foto Najib, Razak Baginda dan Altantuya, yang dia telah serahkan kepada IGP.

Ya, banyak yang Syed Rahman katakan. Dan dalam jihadnya untuk membawa pembunuh-pembunuh sebenar ke muka pengadilan beliau telah menemui ramai orang dan memberitahu cerita ini berkali-kali.

Saya turut berada di situ bersama Datuk Kamal Amir, Aspan Alias dan Jaddawi Datuk Ghazali (semuanya orang Umno) di Bangsar Shopping Centre apabila Syed Rahman meluangkan masa selama sejam menerangkan kepada kami keseluruhan fakta pembunuhan. Malah, terdapat kira-kira 15 daripada kami pada hari itu, menikmati ‘maklumat orang dalam' daripada Konsul kehormat itu sendiri.

Kemudian, semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008, Syed Rahman membuat satu u-turn. Dia muncul di siaran TV aliran perdana dan menegaskan bahawa dakwaan penglibatan Najib dengan Altantuya adalah satu pembohongan. Dan dia menafikan apa yang dia telah beritahu kepada rakyat.

Terdapat ratusan rakyat di seluruh Malaysia yang dapat memberi keterangan hakikatnya Syed Rahman memang telah memberitahu mereka bahawa Najib terbabit dengan Altantuya dan Syed Rahman mengakui dia telah memberi gambar foto yang membuktikan perkara ini kepada IGP. Tetapi sekarang yang berlaku telahpun berlaku dan tidak dapat diubah, cerita lama. Apa yang kami mahu katakan hari ini ialah hubungan antara orang pejabat Najib dan Saiful.

Adakah anda ingat gambar foto di bawah antara Saiful dan Khairil Annas bin Jusoh, pembantu Najib, yang Malaysia Today terbitkan pada 2008, tidak lama selepas dakwaan Liwat 2 Anwar Ibrahim ditimbulkan?



Apakah hubungan antara Saiful dan Khairil? Khairil menyatakan Saiful pergi ke pejabat Najib untuk memohon biasiswa dan dia mengatakan mereka bertemu hanya sekali. Malaysia Today berkata ia tidak benar dan terdapat sesuatu yang lebih di antara Khairil dan Saiful dan ia tiada kaitannya dengan biasiswa.

Khairil ialah graduan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan semua yang mengenalinya di UIA tahu tentang kecenderungan ke arah homoseksual. Sejumlah rakan-rakan universitinya mengesahkan perkara ini, termasuklah rakan-rakan sekolah menengahnya dari Sekolah Alam Shah.

Pada 30 Jun 2010, Khairil telah berkahwin dengan anak perempuan Syed Rahman, Syarifah Nabila Sara. Ya, ianya betul, orang kuat Kosul kehormat Mongolia sekarang ialah bapa mentua kepada pembantu Najib, Khairil. Bagaimanapun , tidak sampai sebulan kemudian, Syarifah Nabila pulang ke rumah bapanya. Mereka belum benar-benar bercerai tetapi kemungkinan akan bercerai sangat besar.

Dan mengapa Syarifah Nabila meninggalkan rumah tangganya untuk pulang ke rumah bapanya sambil mendengu? Simple. Dia tidak gembira yang suaminya ialah AC-DC, seperti Saiful. Untuk makluman pembaca-pembaca yang kurang faham ini bermakna biseksual.

Ya, Khairil, seperti Saiful, suka dengan kedua-dua cara. Dan Syarifah Nabila sangat kecewa suaminya sedang menggunakan katil mereka untuk membuat temu janji dengan lelaki. Mengadakan hubungan seks dengan lelaki adalah satu perkara. Membawa balik mereka ke atas katil perkahwinan anda adalah satu perkara lagi -- Isteri Khairil tidak boleh menerima perkara itu.

Jadi apa yang kita ada di sini? Pembantu Najib yang berkahwin dengan anak perempuam Konsul kehormat Mongolia. Anak perempuannya mahu menamatkan perkahwinan itu selepas sebulan berkahwin kerana suaminya sukakan budak lelaki dan membawa pulang ke rumah di atas katil mereka. Pembantu gay yang mempunyai kaitan dengan lelaki gay yang telah menuduh Anwar meliwatnya. Dan ‘mangsa liwat' yang sama ini juga mempunyai hubungan seks dengan penolong pendakwa raya dalam perbicaraan Anwar.

Peyton Place pun tidak serumit ini. Dan bukankah orang pernah berkata kebenaran lebih pelik daripada cereka? ('the truth is even stranger than fiction?').

Mari kita lihat bagaimana mereka memutarbelitkan perkara ini!



http://i967.photobucket.com/albums/ae159/Malaysia-Today/card.jpg


***********************************************


Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didakwa meliwat pembantunya, mendakwa pemuda itu mempunyai hubungan rapat dengan timbalan perdana menteri dan isterinya.

Penasihat PKR mendakwa lagi Mohd Saiful Bukhari Azlan beberapa kali bertemu Rosmah Mansor, selain rapat dengan Datuk Seri Najib Razak dan pegawai khasnya Khairil Annas Jusoh.

"Saiful Bukhari mempunyai hubungan yang rapat dengan Khairil Annas, Rosmah dan Najib. Beliau bertemu berulang kali dengan Khairil Annas dan Rosmah," katanya.

"Beliau bukan pegawai peribadi saya. Beliau mempunyai hubungan yang kuat dengan Najib."

Kelmarin presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail menunjukkan foto pemuda itu dengan Khairil Annas - bagaimanapun Najib semalam menafikan pembabitannya dan pegawainya itu dengan kontroversi terbaru Anwar. -- Malaysiakini, 1 July 2008

Terjemahan daripada artikel : Just when you thought it is safe to go into the water





Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments

Bayi Berdarah 'Pink'!


BEIJING - Seorang bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan di Hubei Children's Hospital mengejutkan para staf perubatan dan doktor. Ini kerana darah bayi "ajaib" itu berwarna pink atau merah jambu, tidak merah seperti kebiasaannya.

Menurut China Daily, bayi 40 hari ketika dilahirkan itu kelihatan sihat saat dilahirkan di hospital tempatan. Tetapi dua minggu kemudian kelihatan tanda-tanda penyakit dan kemudian dirujuk ke Hubei Children's Hospital, yang kemudian diketahui bahawa warna darahnya berwarna pink.

Anak kecil ini didiagnosis menderita hyperlipidemia, infeksi paru, anemia and retinopathy. Hyperlipidemia adalah kondisi darah tinggi lemak, termasuk kadar kolesterol dan trigliserida yang tinggi. Hyperlipidemia biasanya menyerang orang dewasa dan sehingga kini menurut rekod belum pernah menyerang bayi yang baru lahir.

Warna pink pada darah disebabkan kadar lemak yang tinggi dalam darah. Kadar lemak tinggi ini dapat menyumbat arteri dan menyebabkan penyakit kardio vaskuler seperti masalah jantung atau stroke. Menurut laporan dari media lain, bayi ini menderita perbezaan metabolik. Dokter hanya boleh mengatasi simptomnya sahaja.

Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks