
SINGAPURA, 9 Ogos -- Seniwati perfileman Melayu Mariam Baharum,75, iaitu ibu kepada penyanyi terkenal Singapura Rahimah Rahim meninggal dunia di rumahnya di sini, pagi tadi.
Allahyarham Mariam adalah kakak kepada seorang lagi primadona filem Melayu, Allahyarham Datin Saadiah iaitu isteri kepada pelakon Allahyarham Datuk Ahmad Daud, dan ibu kepada pelakon filem cilik "Batu Belah Batu Bertangkup" Allahyarham Bat Latiff. Allahyarhamah meninggalkan enam anak dari dua perkahwinan.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pusara Aman di kawasan Choa Chu Kang. Kelihatan Mariam bersama Seniman Tan Sri P.Ramlee.
Jika anda minat artikel ini :