blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Al-Fatihah. Pemergian Ibu Tercinta..

Sunday, August 8, 2010
Sejak jumaat aku di HKL, menemani bonda tercinta di wad HDW. Akhirnya ibu pergi menemui penciptanya jam 10.20 malam.
Takziah buat keluarga isteriku dan istimewa adik tersayang Mohd Abd Hafiz.
Kepada semua pembaca blog pulakdah.blogspot.com,
Pohon disedekahkan Al-Fatihah buat bonda Jaonah Bte Bahari..
Al-Fatihah..

:Author Faethal



'Saya terkilan ibu tak sempat rai kejayaan'
Oleh Mohd Zaidi Ya'acob
bhnews@bharian.com.my
2010/08/08



Mohd Abd Hafiz


Penerima Anugerah Emas Diraja UniMAP reda kematian emak

JASIN: “Ibu beriya-iya mahu menemani saya pada majlis konvokesyen. Namun, apakan daya hasrat itu tidak kesampaian kerana ibu akhirnya pergi buat selama-lamanya tanpa melihat saya menggenggam ijazah,” luahan hati penerima Anugerah Emas Diraja pada Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Mohd Abd Hafiz Zakaria, 25.

Menceritakan detik pahit yang dilaluinya ketika rakan-rakan sekampus bergembira meraikan kejayaan, Mohd Abd Hafiz berkata, beliau reda dengan takdir yang menimpa dirinya selepas ibu, Jaonah Bahari, 61, yang menghidap ketumbuhan dalam otak, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 10.20 malam kelmarin.

“Saya terkilan ibu pergi buat selama-lamanya walaupun sebenarnya, saya amat mengharap ibu masih ada di sisi untuk meraikan kejayaan ini. Sebelum ini, ibu beriya-iya mahu menemani saya ke majlis konvokesyen,” kata pelajar pintar ini ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Mohd Abd Hafiz yang menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Alam Sekitar berkata, beliau celaru dan buntu selepas menerima panggilan daripada ahli keluarga yang memaklumkan mengenai pemergian ibunya, kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.

Katanya, ketika panggilan telefon diterima, beliau sedang beratur untuk menerima pingat pada satu majlis makan malam anjuran universiti bagi meraikan pelajar yang berjaya.

"Sebaik menerima berita menyedihkan itu, saya menitiskan air mata hingga rakan-rakan bertanya apa yang berlaku. Malah, pegawai UniMAP juga menemui saya dan bertanya apakah saya mahu mengambil pingat atau tidak.

“Selepas berbincang dengan pegawai atasan universiti, saya kemudian membuat keputusan pulang ke Sungai Rambai kerana perlu melihat dan mengurus jenazah ibu,” katanya yang bergegas pulang ke Melaka bersama kakaknya, Noriatul Azimah, malam kelmarin.

Mohd Abd Hafiz berkata, beliau dan kakak bertolak dari Kangar, Perlis jam 11.30 malam sebelum tiba di kampung pada jam 7.30 pagi semalam.

“Saya sempat melihat jenazah ibu yang tiba dari HKL kira-kira jam 2.30 pagi semalam,” katanya.

Beliau berkata, biarpun terlepas peluang berucap mewakili rakan graduan pada majlis konvokesyen yang berlangsung semalam, hatinya lebih tenang apabila dapat pulang dan menatap wajah ibu untuk kali terakhir.

“Saya nekad pulang ke kampung walaupun perlu berucap hari ini (semalam) kerana mahu melihat jenazah ibu buat kali terakhir. Saya sempat mengucup dahinya sebagai tanda terima kasih di atas pengorbanan ibu selama ini."


Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 4 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks