blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

1 Negara, 2 Sistem Berbeza

Friday, July 30, 2010









Mahkamah Persekutuan berkata percubaan Anwar dalam memperolehi dokumen-dokumen merupakan satu tindakan "untuk cuba memancing maklumat/bukti", sambil menambah bahawa Anwar hanya boleh mengakses dokumen-dokumen itu pada awal perbicaraan jika dokumen-dokumen tersebut releven untuk kes pendakwaan.




Pihak Pendakwaan Kes Bunuh Kanak-kanak Serah Dokumen

SHAH ALAM, 29 Julai (Bernama) -- Pihak pendakwaan di dalam kes pembunuhan kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan, K. Haresvarra menyerahkan dokumen yang diperlukan oleh pihak pembelaan yang mewakili tertuduh, M. Rajamorgan, seorang kelindan lori.

Timbalan Pendakwa Raya Alfred Agin mengesahkan dokumen seperti laporan kimia dan bedah siasat telah diserahkan semasa kes itu disebut di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.

Agin berkata Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Mohd Fadhly Yaacob menetapkan 1 September ini sebagai tarikh sebutan semula memandangkan pihak pembelaan memerlukan masa bagi meneliti dokumen tersebut sebelum memutuskan sama ada mereka akan membuat representasi bagi pihak anak guam mereka.

Sekiranya pihak pembelaan yang diwakili oleh peguam Amer Hamzah Arshad dan N. Surendran ingin membuat representasi, mereka perlu mengemukakan representasi itu pada tarikh berkenaan.

Rajamorgan, 33, didakwa membunuh Haresvarra antara 9.40 malam hingga 10.10 malam 3 Mac lepas di taman permainan kanak-kanak Pangsapuri Vista Damansara, Jalan Kenanga, Kg Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya.

Tertuduh kali pertama didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 15 Mac lepas dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori ika sabit kesalahan.

-- BERNAMA


*************************************************



Anwar gagal dapat dokumen perubatan

KUALA LUMPUR 18 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi gagal memperoleh semua dokumen perubatan dan sampel spesimen yang disediakan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan, bagi tujuan pembelaan dalam kes liwatnya.

Permohonan ketua pembangkang itu ditolak selepas Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mendapati tiada peruntukan atau asas undang-undang yang membolehkan dokumen-dokumen itu dibekalkan kepadanya.

Hakim tersebut memutuskan demikian selepas beliau selesai mendengar hujahan peguam bela Karpal Singh yang mewakili Anwar dan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan.

Ini merupakan kali kedua Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memohon dokumen-dokumen dalam kes itu selepas permohonan pertamanya supaya dibekalkan dokumen perubatan dan sampel spesimen sebelum perbicaraan ditolak sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memfailkan permohonan keduanya pada 4 Jun lalu melalui notis usul dan dua afidavit yang diikrarkan olehnya dan pakar forensik yang dilantik bagi membantu pasukan pembelaan, Dr. David Wells.

Ia dikemukakan sebelum pasukan pembelaan menyoal balas saksi pendakwa kedua iaitu pakar bedah am HKL, Dr. Mohd. Razali Ibrahim.

Anwar memohon supaya dibekalkan semua nota klinikal dan laporan perubatan, bahan, spesimen, e-mel, nota bertulis tangan, surat-menyurat, catatan serta pemerhatian Mohd. Razali yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari pada 28 Jun 2008 bersama dua doktor pakar lain.

Mohd. Razali menjalankan pemeriksaan perubatan tersebut bersama pakar rawatan kecemasan, Dr. Khairul Nizam Hassan dan pakar patologi forensik, Dr. Siew Sheue Feng.

Turut dimohon adalah sejarah lengkap pemeriksaan perubatan ke atas Mohd. Saiful Bukhari di HKL, proforma serangan seksual standard dan kit serangan seksual selain kelayakan serta pengalaman ketiga-tiga doktor berkenaan.

Dalam afidavitnya, Anwar mendakwa, keterangan Mohd. Razali di mahkamah bahawa ada kemasukan dalam dubur pengadu bercanggah dengan laporan klinikal dan makmal yang disediakan oleh saksi itu yang menyimpulkan tiada penemuan klinikal menunjukkan berlaku kemasukan.

Wells dalam afidavitnya pula mendakwa, adalah penting bagi beliau meneliti semua dokumen dan maklumat yang dimohon sebelum dapat menasihati peguam bela berhubung keterangan saksi pakar tersebut.

Terdahulu, Karpal dalam hujahnya berkata, mahkamah tidak sewajarnya terlepas pandang keperluan untuk memastikan Anwar menerima perbicaraan yang adil sejajar dengan perintah Mahkamah Persekutuan berdasarkan Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, permohonan itu wajar dibenarkan kerana Wells dalam afidavitnya mengesahkan bahawa tanpa dokumen-dokumen tersebut adalah sukar baginya menjalankan tugas menasihati pasukan pembelaan.

Sementara itu, Mohd. Yusof menghujahkan bahawa tiada alasan dikemukakan dalam notis usul tersebut bagi menyokong permohonan itu selain kegagalan pemohon memperincikan peruntukan undang-undang bagi mewajarkan permohonannya.

''Dengan bergantung kepada Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan, ia adalah sangat kabur dan terlalu umum bagi menyokong permohonan tersebut,'' ujarnya.

Berhubung afidavit Anwar, beliau berkata, adalah jelas tidak wujud percanggahan dalam keterangan Mohd. Razali di mahkamah dengan laporan perubatan yang dikemukakan.

''Sekiranya pemohon berpendapat wujud percanggahan, maka pasukan pembelaan bebas menyoal balas saksi tersebut memandangkan laporan perubatan telah dikemukakan di mahkamah dan ditanda sebagai bahan bukti,'' katanya.

Tegasnya lagi, dalam sesebuah perbicaraan, keterangan terbaik adalah keterangan yang dibuat secara lisan.

Karpal ketika ditemui pemberita selepas prosiding tamat menyatakan, pihaknya akan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan pada Isnin ini.

Anwar, 63, tidak hadir di mahkamah hari ini.

Perbicaraan kes liwat itu dijadualkan bersambung pada 14 Julai ini.


Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks