blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Apa Yang Perlu Kita Fokuskan

Monday, July 26, 2010









Ada yang merintih tentang FDI. Ada yang menjerit tentang Ketuanan Melayu. Ada pula yang bimbang dengan Kemeja-T atau jersi yang kita pakai. Terdapat juga yang mahukan semua orang Melayu diserapkan ke dalam hanya satu parti politik demi 'Perpaduan Melayu' -- dan sebagainya dan lain-lain. Tetapi semua orang ini membiarkan satu perkara penting -- kualiti hidup di Malaysia dan apa yang Ringgit anda boleh beli.


Raja Petra Kamarudin

Harga rumah sederhana di UK secara kasarnya RM700,000. Ini berasaskan harga rumah kebanyakan dalam negara walaupun dalam beberapa contoh anda boleh jadi melihat harga yang berjuta-juta bergantung pada loksdi dan jenis rumah. Tetapi seorang 'yang bekerja' perlu membayar diantara RM500,000-600,000 untuk sebuah rumah yang baik di British, melainkan anda hidup di London.

Gaji minimum sekarang ialah kira-kira RM30 setiap jam (berdasarkan satu kadar pertukaran 5:1). Ia akan dinaikkan pada Oktober ini. Belum ada orang British mengadu gaji minimum ini tidak boleh menampung kos sara hidup mereka.

Di Malaysia tiada gaji minimum. Dalam siri kempen pergerakan pembangkang dan persatuan masyarakat sivil sejak 1990an, kerajaan tetap masih enggan untuk menetapkan gaji minimum. Hari ini, gaji minimum perlu sekurang-kurangnya RM1,800 setiap bulan untuk memungkinkan bagi rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang teratur.

Di UK, pekerja-pekerja berpendapatan rendah memperolehi kira-kira RM4,500-5,500 setiap bulan. Seorang pekerja mahir memperolehi lebih kurang RM8,000-10,000 setiap bulan. Golongan berpendapatan tinggi memperolehi lebih kurang RM15,000-25,000 setiap bulan. Sudah tentu ianya termasuk dengan kerja lebih masa, kebanyakan pekerja-pekerja gaji hari dapat melihat tambahan RM2,000-3,000 setiap bulan.

Tetapi berapakah kos sara hidup di UK?

Anda akan perlu mengenepikan kira-kira RM2,500 setiap bulan untuk sewa rumah atau untuk pembayaran balik pinjaman perumahan anda, melainkan anda hidup di rumah majlis pembandaran. Utiliti-utiliti dan barangan runcit anda perlu membelanjakan kira-kira RM2,500 setiap bulan, paling banyak. Jadi kira-kira RM5,000 setiap bulan hanya untuk hidup. Tetapi jika kedua-dua suami isteri (atau teman serumah / rakan kongsi awam) bekerja, kemudian berlakunya perkongsian kos menjadikannya sangat mampu (hidup berdua lebih murah daripada satu).

Sekarang bandingkan di Malaysia. Bolehkah kita mengatakan ianya sama untuk pekerja di Malaysia? Sebuah kereta sorong yang penuh dengan barangan runcit di Malaysia akan menelan belanja kira-kira RM500-600. Ia berharga hanya RM300-400 untuk sebuah kereta sorong yang penuh barangan runcit di UK. Tetapi gaji-gaji di UK ialah lapan hingga sepuluh kali lebih tinggi daripada di Malaysia.

Gaji asas untuk seorang pengawal keselamatan di Malaysia adalah sekitar RM800 setiap bulan. Di UK, gaji asas untuk seorang pengawal keselamatan ialah kira-kira RM8,000. Pengawal keselamatan Malaysia tidak boleh hidup dengan RM800 sebulan. Pengawal keselamatan UK memerlukan RM5,000 setiap bulan untuk hidup.

Bagaimanapun, saya telah menulis banyak kali tentang hal ini sebelum ini. Dan ini adalah apa yang rakyat Malaysia perlu fokuskan -- bukannya sama ada boleh atau tidak untuk memakai jersi bola sepak tertentu.


Terjemahan daripada artikel : What we should focus on





Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks